View: 24145|Reply: 3
|
[Tempatan]
SPRM akan siasat bekas PM, menteri kewangan terbabit kes Spanco
[Copy link]
|
|
SPRM akan siasat bekas PM, menteri kewangan terbabit kes Spanco
https://www.malaysiakini.com/news/695462
Diterbitkan: Feb 6, 2024 2:29 PM⋅
Dikemaskini: 2:29 PM
SPRM akan menyiasat semua yang terbabit dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd pada 1990-an.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata, mereka termasuk perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu.
Dia dipetik oleh Berita Harian semasa Program Cakna Rasuah Bersama Pengamal Media Sarawak, di Kuching, hari ini sebagai berkata, keterangan daripada semua yang terbabit itu perlu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
"Kita akan panggil sesiapa saja yang membuat keputusan pada masa itu yang memutuskan untuk memberi projek kepada Spanco.
"Kita lihat sejarah penubuhan syarikat itu pada 1998 atau 1999, jadi sesiapa saja yang terbabit ketika itu termasuk perdana menteri dan menteri kewangan akan panggil untuk rekod kenyataan dan mengetahui apa yang mereka tahu berkenaan kes," katanya.
Spanco menjadi syarikat tunggal yang memegang konsesi untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan sejak 1993.
Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyifatkan kontrak perolehan Spanco sebagai hanya merugikan negara dan berjanji tindakan penguatkuasaan tegas termasuk oleh SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, dalam memerangi rasuah dan penyelewengan.
Dia memetik kes Spanco sebagai contoh antara usaha kerajaan membasmi rasuah.
Bulan lalu, SPRM menyerbu rumah seorang taikun, serta pejabat dan syarikat yang berkaitan dengan ahli perniagaan itu, sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas Spanco.
Dokumen mengenai 100 akaun persendirian dan korporat dilaporkan turut dirampas untuk siasatan semasa serbuan berkenaan.
Susulan itu, akaun bank hartawan yang dikatakan memiliki puluhan juta ringgit tersebut, dilaporkan dibekukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Woah...
kita tunggu siapa yg kena |
|
|
|
|
|
|
|
Terdahulu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang Ahli Parlimen dari sebuah negeri Pantai Timur dan orang kanannya mungkin dipanggil SPRM bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Akta SPRM 2009.
Akhbar itu turut melaporkan seorang daripada individu itu didakwa memberikan projek membabitkan dana awam kepada individu tertentu ketika beliau memimpin negara.
Siasatan ke atas tiga individu itu menyusul siasatan SPRM terhadap bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.
Daim sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang, serta Menara Ilham 60 tingkat di Kuala Lumpur, yang dilaporkan dimiliki beliau dan keluarganya, sudah disita berhubung siasatan itu.
Daim menafikan sebarang salah laku atau rasuah dan membidas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim serta SPRM menyiasat dirinya dan keluarga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|