View: 26212|Reply: 7
|
[Dunia]
Akhirnya CEO McDonald's akui perang di Gaza beri impak negatif pada jualan
[Copy link]
|
|
Kempczinski akui perang itu mempunyai impak ke atas jualan di negara Asia Barat dan negara majoriti Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia.
RESTORAN makanan segera, McDonald's mengakui perang di Gaza antara faktor syarikat itu gagal mencapai sasaran jualan suku tahunan pertama dalam tempoh empat tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's, Chris Kempczinski berkata, perang itu mempunyai impak ke atas jualan di negara Asia Barat dan negara majoriti Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia.
"Selagi konflik dan perang ini berterusan ... kami tidak menjangkakan untuk melihat sebarang peningkatan yang ketara dalam situasi (jualan) ini," kata Kempczinski seperti dilaporkan Al Jazeera.
"Ia adalah tragedi kemanusiaan, apa yang sedang berlaku, dan saya fikir ia memberi kesan kepada jenama kami," tambahnya.
Pertumbuhan jualan bagi restoran itu di Asia Barat, China dan India pada Oktober-Disember mencapai 0.7 peratus, jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus.
Kemerosotan itu berlaku selepas pelanggan di negara-negara Islam berkempen untuk memboikot McDonald's sebagai tindak balas kepada francais Israel yang menyumbangkan makanan percuma kepada tentera Israel.
Berikutan pengumuman McDonald’s Israel, pemegang francais di Arab Saudi, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Mesir, Bahrain dan Turki secara kolektif memulakan dana bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Walaupun McDonald's yang berpangkalan di Chicago dikenali sebagai salah satu jenama Amerika Syarikat yang paling ikonik, kebanyakan restorannya di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat tempatan.
McDonald's adalah antara beberapa jenama dari barat yang berhadapan dengan boikot susulan perang Israel ke atas Gaza.
Minggu lalu, rangkaian kedai kopi, Starbucks mengumumkan pengurangan jangkaan jualan tahunannya, dengan memetik kemerosotan dalam keuntungan di Asia Barat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Heshe macam muka tak sihat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually kuasa beli muslim on halal food ni mmg besar so gunakan sebaiknya..ciptalah produk yg blh menyaingi produk2 israel us china ni muslim2 seme jgn jd pengguna je |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 6-2-2024 10:08 PM
Heshe macam muka tak sihat?
Byk kedarah fast food.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko boleh je tamatkan sponser pada yisrael tapi ko tetap pilih beri sokongan
Padan la muka..
Tgk family mart takut kena boikot terus declare putuskan hubungam dgn yisrael |
|
|
|
|
|
|
|
mcd keluar je dr israel boom! balik sales negara2 lain, buat la pilihan yg bijak
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn memain ngn org malaysia
alah kdg bkn la org boikot sgt lebih kpd jaga kesihatan jgk...mkn fast food hari hari cpt mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|