View: 5904|Reply: 0
|
Piala Asia: Klinsmann enggan letak jawatan
[Copy link]
|
|
KLINSMANN berdepan desakan untuk meletakkan jawatan, namun berikrar untuk mempertahankannya. - AFP
DOHA – Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann berikrar untuk mempertahankan jawatannya biarpun pasukan itu tersingkir di separuh akhir Piala Asia sekali gus gagal mencapai sasaran mara ke final.
Sejurus tewas 0-2 kepada Jordan di Stadium Ahmad Bin Ali kelmarin, legenda Jerman itu berdepan tekanan supaya beliau melepaskan jawatan memandangkan harapan cukup besar diberikan kepada pasukan yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang.
“Saya tidak bercadang untuk melakukan apa-apa sebaliknya hanya melakukan analisa dan bercakap dengan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) tentang apa yang bagus dan apa yang tidak bagus.
“Saya dapat lihat banyak perkara bagus, pasukan ini semakin berkembang dan mereka perlu teruskan bagi menghadapi cabaran di kelayakan Piala Dunia. Sudah pasti terdapat banyak yang perlu kami hadapi selepas ini,” katanya.
Dua bintang sensasi, Yazan Al Naimat dan Mousa Al-Tamari jelas mempunyai kualiti tersendiri apabila menyumbangkan kedua-dua gol buat Jordan.
Klinsmann mengakui bahawa Jordan bermain lebih baik berbanding pasukannya pada separuh masa pertama dan berjaya meledak dua gol pada babak kedua biarpun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan.
“Saya cukup marah dan kecewa dengan keputusan ini. Kami seakan ‘hilang’ sepanjang 20 ke 30 minit perlawanan sedangkan kami mempunyai sasaran besar untuk mara ke final.
“Tetapi Jordan lebih agresif, sering menang dalam situasi satu lawan satu khususnya di setengah jam pertama perlawanan,” jelas Klinsmann.
Bagaimanapun, perkara paling sukar untuk diterima para peminat Korea Selatan adalah tindakan jurulatih itu yang masih mampu tersenyum walaupun pasukannya alami kegagalan khususnya ketika bersalaman dengan rakan sejawatnya, Hussein Ammouta. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ggan-letak-jawatan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|