CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6803|Reply: 0

Pengadil Malaysia bakal ke Piala Dunia

[Copy link]
Post time 14-2-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode

NAZMI dipilih sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026. FOTO IHSAN FAM

Kuala Lumpur: Pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin membuktikan dia bukanlah 'biasa-biasa' apabila bakal membuat kemunculan di pentas Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026.

Hal ini kerana, pretasi cemerlangnya di kejohanan Piala Asia baru-baru ini membolehkan Nazmi dipilih sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026 itu.

Nazmi yang mula menceburi bidang pengadil bola sepak sejak tahun 2010 adalah individu pertama di negara ini yang mengadili perlawanan Liga Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang mengunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) iaitu ketika aksi di Thailand membabitkan Buriram United menentang kelab China, Zhejiang FC pada 20 September tahun lalu.

Sepanjang tahun 2023 juga, Nazmi bersama dua pembantunya iaitu Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid telah mengadili enam perlawanan AFC Champions League yang mengunakan VAR.



Selain itu, Nazmi turut dijemput untuk mengadili beberapa perlawanan Liga Arab Saudi 2023.

Malah, hubungan akrab di antara Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Presiden Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al-Misehal membuka ruang buat Nazmi untuk dihantar ke Arab Saudi bagi mendapatkan Lesen VAR dan pada Ogos tahun lalu sekali gus dia diiktiraf Fifa sebagai pengadil VAR pertama di Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, pengadil Malaysia termasuk Nazimi yang menggalas tanggungjawab di Piala Asia baru-baru ini mendapat pujian berikutan prestasi dipamerkan mereka cukup baik dan konsisten.

"Pengadil kita di Piala Asia melakukan tugasan masing-masing dengan baik dan tiada sebarang masalah," katanya.

Mengikut rekod, prestasi cemerlang Nazmi di Piala Asia B-20 2023 di Uzbekistan pada Mac 2023 yang mana dia dipilih sebagai pengadil Final seterusnya memboleh dia bersama dua pembantunya, Zairul dan Arif Shamil terpilih ke Piala Asia 2023 di Qatar, baru-baru ini.

Sekali lagi sejarah tercipta apabila Nazmi bersama dua pembantunya itu telah dipilih untuk mengadili perlawanan peringkat kumpulan, Iraq lwn Vietnam dan perlawanan pusingan 16 terbaik, Uzbekistan lwn Thailand.

Prestasi cemerlang Nazmi dan dua pembantunya mendapat pengiktirafan daripada Fifa dan AFC, yang mana ia membolehkannya dipilih secara merit sebagai 'Fifa World Cup Candidate 2026'.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... akal-ke-piala-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.771388 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list