View: 6712|Reply: 0
|
Liga Perdana lulus Ratcliffe beli saham Man United
[Copy link]
|
|
Pembelian 25 peratus saham Manchester United oleh jutawan British, Jim Ratcliffe diluluskan oleh Liga Perdana Inggeris. - Foto AGENSI
LONDON: Pembelian 25 peratus saham Manchester United oleh jutawan British, Jim Ratcliffe diluluskan oleh Liga Perdana Inggeris.
Suruhanjaya Sekuriti dan Saham Amerika Syarikat (SEC) pada Isnin lalu mengumumkan keputusan Liga Perdana Inggeris yang meluluskan pelaburan Ratcliffe.
United masih menanti lampu hijau Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris untuk pembelian saham berkenaan, yang dijangka akan selesai bulan ini bagi membolehkan Ratcliffe menguruskan operasi bola sepak di Old Trafford.
Liga Perdana Inggeris dalam satu kenyataan berkata: "Perolehan 25 peratus saham Manchester United FC oleh Sir Jim Ratcliffe, dan pelaburan tambahan AS$300 juta (RM1.44 bilion) untuk kelab, diluluskan oleh Lembaga Liga Perdana."
Jutawan berusia 71 tahun itu sudah melakukan beberapa siri pertemuan dengan kakitangan kelab sejak beberapa minggu lalu.
Ratcliffe dilaporkan akan merombak skuad United selepas musim sukar kelab yang kali terakhir menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada tahun 2013. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... li-saham-man-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|