View: 6736|Reply: 0
|
Salah kembali perkuat Liverpool
[Copy link]
|
|
Bintang Liverpool, Mohamed Salah kembali menjalani latihan bersama skuad selepas pulih daripada kecederaan otot. - Foto AGENSI
LIVERPOOL: Mohamed Salah kembali berlatih bersama skuad Liverpool buat pertama kali sejak kecederaan otot ketika mewakili Mesir di Piala Negara-Negara Afrika.
Pemain 31 tahun itu cedera ketika aksi peringkat kumpulan bulan lalu, dan terpaksa dihantar pulang ke Kirby dari Ivory Coast untuk menjalani rawatan.
Rancangan asalnya ialah memastikan Salah pulih sepenuhnya di Kirby sebelum kembali menyertai Mesir di AFCON sekiranya mereka mara ke perlawanan akhir, namun tewas kepada DR Congo di peringkat 16 terakhir menerusi penentuan penalti.
Salah meneruskan proses pemulihannya di Liverpool dan tampil menyertai latihan buat pertama kali semalam menjelang kunjungan Liga Perdana Inggeris ke Brentford pada Sabtu.
Penyerang Mesir itu kelihatan bersemangat berlatih bersama rakan sepasukan Liverpool, yang walaupun tewas kepada Arsenal awal bulan ini, masih berada di landasan terbaik untuk merangkul empat trofi musim ini.
Perlawanan terakhir Salah untuk The Reds ialah ketika kemenangan 4-2 ke atas Newcastle pada Tahun Baru, yang menyaksikan peledak Liverpool itu meledak dua gol dan melakukan satu umpanan gol.
Skuad kendalian Jurgen Klopp meneruskan rentak kemenangan walaupun tanpa khidmat Salah - mara ke final Piala Liga selepas menewaskan Fulham, dan mara ke pusingan kelima Piala FA dengan kemenangan ke atas Arsenal serta Norwich. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-perkuat-liverpool |
|
|
|
|
|
|
| |
|