CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10231|Reply: 0

EPL: Peluang Palmer ‘diamkan’ Stadium Etihad

[Copy link]
Post time 17-2-2024 09:54 AM | Show all posts |Read mode

PALMER berjaya meledak gol penyamaan ketika seri 4-4 menentang City sewaktu kali terakhir kedua-dua pasukan berentap di Stamford Bridge pada November lalu.

LONDON – Bintang Chelsea, Cole Palmer mahu membuktikan Manchester City membuat kesilapan menjualnya menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi esok.

Palmer, 21, jarang diberikan peluang beraksi apabila hanya membuat 41 penampilan dalam semua kejohanan bersama City sejak membuat debut profesional ­dengan skuad senior pada 30 September 2020.

Situasi tersebut membuatkan bintang muda England itu memilih untuk menyertai The Blues pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan harga £40 juta (RM240.74 juta).

Ia adalah tindakan berbaloi apabila Palmer kini dianggap antara nadi utama buat skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu selepas dia berjaya meledak 10 gol daripada 20 perlawanan EPL musim ini.

“Jujur saya sendiri tak menjangka dapat menyesuaikan diri secepat ini. Namun, saya tahu boleh berjaya jika diberi peluang.

“Saya tak sabar sebenarnya untuk kembali ke Etihad. Ia pas­tinya satu perasaan pelik kerana karier saya bermula di sana.

“Ini bukanlah kali pertama kerana saya pernah bermain menentang City di Stamford Bridge. Cuma lebih berbeza kerana saya akan bermain di Etihad di hadapan penyokong yang sebelum ini menyokong saya,” kata Palmer.

Menariknya, Palmer merupakan pemain yang mengecewakan impian City apabila meledak gol penyamaan menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan ketika kedua-dua pasukan seri 4-4 di Stamford Bridge pada November lalu.

Biarpun prestasi Chelsea tidak konsisten sepanjang musim ini, namun dua kemenangan ber­turut-turut dalam dua aksi ter­akhir ketika menewaskan Aston Villa dan Crystal Palace membuktikan cabaran mereka tidak boleh diambil mudah.

Kemenangan ke atas City mampu menghidupkan peluang The Blues yang masih berharap dapat melayakkan diri bersaing di pentas Eropah musim depan walaupun ketika ini menghuni tangga ke-10 EPL.

Dua pencabar EPL musim ini iaitu Liverpool dan Arsenal tentunya mengharapkan ­Chelsea mampu mencipta sesuatu ­dengan menewaskan City ­meskipun lawan belum tewas daripada 14 aksi terakhir sejak 7 Disember lalu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... kan-stadium-etihad/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list