CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7695|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Teman lelaki tarik rambut, heret dalam kolam, tapi wanita enggan polis ambil tindakan

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode

Video tular berdurasi satu minit 44 saat itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita bertengkar di tepi kolam renang sebelum lelaki berenaan menarik rambut wanita terbabit dan mengheretnya masuk ke dalam kolam renang. Video tular.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan sepasang kekasih warga asing di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata rakaman video berkaitan kejadian yang tular menerusi laman X itu dikesan polis pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, semakan polis mendapati kejadian berkenaan di kawasan kolam renang kondominium terbabit, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

"Mangsa, seorang wanita berusia 19 tahun tampil membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang (semalam). Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan.


"Dia juga tidak mahu meneruskan kes berkenaan kerana tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya," katanya sambil menambah polis tidak meneruskan siasatan atas permintaan mangsa.

Dalam video tular berdurasi satu minit 44 saat itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita bertengkar di tepi kolam renang sebelum lelaki berkenaan menarik rambut wanita terbabit dan mengheretnya masuk ke dalam kolam renang.

Lelaki itu juga dilihat cuba membenam kepala teman wanitanya ke dalam air, namun wanita itu melawan dan berjaya menghalang.

Rakaman itu dipercayai dirakam oleh orang awam yang berada di sebuah bangunan berhampiran.
https://www.bharian.com.my/berit ... wanita-enggan-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 1.305989 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list