CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6215|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPN turun padang dengar sendiri aduan mangsa, pengadu

[Copy link]
Post time 18-2-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode

Razarudin ketika berucap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di Kedah, semalam.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meneruskan siri pendekatan bersama masyarakat dengan bertemu pengadu dan mangsa yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di Kedah, semalam.

Majlis yang membawa agenda mendengar sendiri permasalahan berhubung status laporan polis yang masih dalam tindakan itu juga merupakan julung kali diadakan, tahun ini.

Razarudin menerusi akaun rasmi TikToknya berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa cakna berhubung kes-kes yang masih belum selesai.

“Ada di antara mereka merupakan mangsa jenayah, penipuan, kes kemalangan dan sebagainya.

“Saya juga berkesempatan mendengar pelbagai perkara yang telah mereka bangkitkan berkaitan siasatan yang sedang dilaksanakan oleh para pegawai penyiasat.

“Ini termasuklah beberapa “cold casses” yang mungkin dianggap tidak lagi menjadi keutamaan dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam hantaran itu.

Tegas Razarudin para pegawai penyiasat diingatkan agar sentiasa melaksanakan siasatan dengan telus, berhemah, penuh amanah dan sedaya upaya membantu masyarakat di sekeliling selari dengan slogan’Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Apabila niat kita betul dan ikhlas untuk membantu masyarakat keranaNya, pasti segala urusan akan dipermudahkan. Insya-Allah,” kata beliau.

Berucap pasa majlis itu, Razarudin menegaskan pihak IPD perlu meraikan pelanggan terdiri daripada mereka yang membuat aduan dan laporan polis.

“IPD perlu panggil balik pengadu pada Hari Polis dan raikan sama-sama (Hari Polis). Kita tidak pernah lupakan klien kita, kita tidak pernah lupakan pelanggan kita, ini adalah pelanggan PDRM yang terkesan,” katanya.

Terdahulu, Razarudin turut membuat lawatan mengejut ke IPD Nilai dan lokap Balai Polis Mantin di Negeri Sembilan, IPD Ipoh serta IPD Kajang di Selangor.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... uan-mangsa-pengadu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.845361 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list