CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6705|Reply: 6

Beyonce ‘kecohkan’ Minggu Fesyen New York

[Copy link]
Post time 19-2-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode

BEYONCE

PENYANYI Beyonce membuatkan acara Minggu Fesyen New York (NYFW) bertukar menjadi kecoh apabila hadir menyaksikan majlis pertunjukan fesyen tersebut.

Menurut laporan USA Today, penyanyi berusia 42 tahun itu membuat kemunculan mengejut di acara tersebut semasa pertunjukan fesyen oleh jenama pakaian baharu, Luar milik pereka fesyen Raul Lopez.

Tidak hanya datang sebagai penonton, Beyonce hadir untuk memberikan sokongan buat penampulan sulung anak buahnya, Daniel Julez Smith Jr, 19, sebagai salah seorang model yang beraksi di pentas pertunjukan fesyen itu.

Pelantun lagu Hello itu kelihatan anggun dengan gaya ala ‘cowboy’ dengan mengenakan persalinan blazer berona kelabu, lengkap bertopi dan dipadankan dengan but potongan tinggi.

Penampilan isteri kepada penyanyi rap, Jay-Z itu tampak mewah apabila persalinan yang digayakan turut dihiasi dengan batu permata berkilauan

Tamat acara, Beyonce dilihat bergegas meninggalkan lokasi sambil diiringi pengawal keselamatan menuju ke suatu lokasi.

Penonton dan pengamal media yang turut ada di acara tersebut bersorak dan mengejar Beyonce yang dikawal ketat pengawal.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... gu-fesyen-new-york/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 02:37 PM | Show all posts
xde ke gmbr nya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 01:12 PM | Show all posts
sendu solange , tada petik langsung nama sheols kat atas. Padahal anak sheols yg jd model (ai pun baru tau after gugel td . Teen mom rupanya  cam jamie spears)
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
copy pasta ikut daddy betul muka anak solange
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 01:09 PM | Show all posts
borrow replied at 20-2-2024 01:12 PM
sendu solange , tada petik langsung nama sheols kat atas. Padahal anak sheols yg jd model (ai pun ba ...

haaa..kalau sebut je anak buah beyone, tahu dah anak adik dia. adik dia ni jugalah yg kantoikan jayz berskandal luar kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 01:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2024 04:10 PM | Show all posts
chikumanis replied at 23-2-2024 01:09 PM
haaa..kalau sebut je anak buah beyone, tahu dah anak adik dia. adik dia ni jugalah yg kantoikan ja ...

A ah. Jayz kena kungfu dlm lift
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.852342 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list