CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6287|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 97.78 peratus syarikat produksi tidak carum KWSP

[Copy link]
Post time 19-2-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Uzir berucap majlis Pelancaran Buku Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama di Semenanjung Malaysia & Kajian Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam di Putrajaya. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA- Sejumlah 97.78 peratus daripada 361 syarikat produksi yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda di dalam filem dan drama dilaporkan tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peratusan itu diperoleh menerusi Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama yang dijalankan.

Katanya, kajian itu turut menunjukkan hanya 2.22 peratus sahaja syarikat produksi berbuat demikian.

“Ia menunjukkan tiada kesedaran di pihak syarikat produksi selain melihat pelakon kanak-kanak dan orang muda itu sebagai bukan pencari nafkah keluarga.

“Kekuatan dan akta dalam konteks ini perlu dipertingkatkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 73.13 peratus syarikat produksi juga tidak mengetahui mengenai keperluan untuk mendapatkan lesen permit hiburan awam daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

“Hanya 4.16 peratus sahaja yang menyedari kepentingan lesen berkenaan manakala 22.71 peratus lagi tidak pasti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-tidak-carum-kwsp/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.260237 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list