CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6210|Reply: 0

[Melaka] Peniaga warung nafi amang seksual tiga kanak-kanak lelaki

[Copy link]
Post time 19-2-2024 03:02 PM | Show all posts |Read mode

Yusri Nadin ketika dibawa ke Makhamah Sesyen Ayer Keroh hari ini. Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang peniaga warung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual, memiliki bahan pornografi dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap tiga kanak-kanak lelaki sejak Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Yusri Nadin, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus 10 pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Sementara itu, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii yang memperuntukkan penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara pukul 6 petang dan 6.30 petang di ladang sawit dan getah serta di sebuah kedai serbaneka di Simpang Bekoh, Asahan dalam daerah Jasin antara Ogos 2023 hingga 7 Disember 2023.

Dalam pada itu, tertuduh turut berdepan pertuduhan memiliki pornografi kanak-kanak dalam tiga buah telefon bimbit miliknya. Mahkamah menetapkan 28 Mac untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... kanak-kanak-lelaki/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.358322 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list