View: 8137|Reply: 0
|
Guardiola mohon maaf kepada Phillips
[Copy link]
|
|
Kalvin Phillips hanya beraksi enam kali dalam kesebelasan utama di Manchester City. – Foto REUTERS
LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memohon maaf kepada Kalvin Phillips kerana menyatakan pemain tengah itu gemuk apabila dia kembali daripada Piala Dunia 2022.
Guardiola memberitahu wartawan Phillips tidak berada dalam kondisi yang baik untuk menjalani sesi latihan selepas kembali dari Qatar, yang mana dia digunakan bagi hanya 40 minit dalam dua penampilan sebagai pemain gantian.
Phillips mengharungi masa sukar di City selepas berpindah dari Leeds United pada 2022, hanya tampil dalam kesebelasan utama enam kali dalam tempoh 18 bulan dan pemain berusia 28 tahun itu menyertai West Ham United secara pinjaman bulan lalu.
Selepas berpindah ke West Ham, pemain tengah itu berkata keyakinannya terjejas susulan komen Guardiola.
"Ya, saya memohon maaf," Guardiola memberitahu wartawan semalam.
"Saya meminta maaf kepadanya. Saya bercakap dengannya sebelum ini (mengenai komen itu). Saya tidak pernah tidak bercakap kepada pasukan sebelum saya katakan sesuatu di sini atau pemain dalam kes ini."
City, yang menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, boleh merapatkan jurang dengan pendahulu Liverpool kepada satu mata jika mereka menundukkan Brentford di laman sendiri awal pagi esok. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... aaf-kepada-phillips |
|
|
|
|
|
|
| |
|