CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5503|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 93 individu dakwa jadi mangsa penipuan pelaburan saham, rugi RM10.48 juta

[Copy link]
Post time 20-2-2024 05:58 PM | Show all posts |Read mode

HISHAMUDDIN pada sidang media selepas menyerahkan surat perkembangan semasa di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah dan Represntasi Perundangan kepada JSJK Bukit Aman di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Seramai 93 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan saham berkepentingan ditawarkan dua syarikat membabitkan kerugian sebanyak RM10.48 juta.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan daripada semua mangsa yang kebanyakan terdiri daripada warga emas.

Katanya, kedua-dua syarikat itu bertindak sebagai ejen pemasaran untuk mempromosikan pelaburan terbabit dengan mendakwa ia dijalankan syarikat berdaftar dan terkemuka di luar negara.

"Antara modus operandi syarikat berkenaan ialah menggunakan sistem e-wallet dan menawarkan pembelian unit saham melalui mata wang kripto.



"Individu yang berminat perlu menandatangani perjanjian untuk tempoh beberapa tahun sebelum memperoleh pulangan hasil pelaburan.

"Malah, pelabur diberikan surat perjanjian dalam bahasa Inggeris dengan jumlah muka surat yang tebal dan banyak sehingga sukar difahami mangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat perkembangan semasa di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah dan Represntasi Perundangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Hishamuddin berkata, selepas tempoh perjanjian tamat pada 2019, mangsa sehingga kini tidak mendapat sebarang pulangan hasil wang yang dilabur.

"Semakan dilakukan mendapati syarikat yang kononnya berdaftar di Amerika Syarikat itu sebenarnya mempunyai ibu pejabat di Selangor.

"Berdasarkan carian profil menunjukkan ejen pemasaran dan syarikat yang menawarkan pelaburan itu turut mempunyai alamat sama.

"Mangsa juga sudah pergi ke syarikat itu untuk berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab dalam pelaburan berkenaan, namun mereka tidak dilayan," katanya.

Menurutnya, mangsa sudah membuat laporan polis sejak tiga bulan lalu dan ada kes yang diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atau kes sivil.

"Ada pendakwaan dilakukan di Melaka, namun ia hanya membabitkan lapan saksi pendakwaan.

"Bagaimana kes yang membabitkan hampir ratusan mangsa, namun lapan orang saja menjadi saksi pendakwaan?

"Ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu perbuatan jenayah penipuan terancang dan jika bukan, pengadu dan mangsa memerlukan jawapan daripada pihak berkuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... am-rugi-rm1048-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.199682 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list