View: 2553|Reply: 0
|
Safee ingatkan KL City jangan 'sorok' fakta sebenar
[Copy link]
|
|
SAFEE (tiga dari kiri) ketika Majlis Pelancaran Super Safee Soccer School di Rafa Serenia Football Turf, Sepang pada Sabtu. FOTO Agensi
Kuala Lumpur: Setiap pengurusan pasukan diingatkan agar lebih sensitif berkongsi fakta terutamanya tentang tunggakan gaji agar tidak menimbulkan kekeliruan yang akhirnya menggambarkan sikap sebenar kelemahan pengurusan pasukan.
Jelas Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali, beliau agak terkejut dengan kenyataan tidak tepat sebuah pasukan yang mendakwa berdepan tunggakan gaji dua bulan, dan bukannya tiga hingga empat bulan.
Menurut Safee, pihaknya mempunyai fakta dan bukti laporan yang dilakukan pemain di mana kenyataan pengurusan terbabit membuatkan dirinya hanya mampu tersenyum.
"Memang ada aduan tentang gaji. Masalah pemain dan saya agak tersenyum sendiri bila ada satu pasukan mengatakan gaji hanya dua bulan.
"Padahal kita tahu pemain menghadapi masalah lebih teruk. Jangan nafikan benda apa yang anda dah rosakkan. Pemain pun ada tanggungan. Pemain ada keluarga.
"Jangan tutup benda yang dah buat dan cakap tiada apa-apa. Kebajikan adalah kebajikan. Cakap dengan terbuka dan perbetulkan masalah berkenaan," katanya kepada media ketika Majlis Pelancaran Super Safee Soccer School di Rafa Serenia Football Turf, Sepang, Selangor.
Ingatan bekas pemain kebangsaan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sebenarnya ditujukan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad.
Pada Jumaat lalu, Khalid menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan Kuala Lumpur City FC (KL City) berlarutan sehingga empat bulan.
Sebaliknya kata Khalid, jumlah tunggakan sebenar hanya untuk tempoh dua bulan iaitu Oktober dan November 2023.
Terdahulu, Arena Metro mendedahkan keluhan pemain KL City FC yang mendakwa skuad Warga Kota masih gagal melunaskan tunggakan gaji yang sangkut selama tiga hingga empat bulan termasuk skuad bawah 23 tahun.
Sumber berkata, pemain juga diibaratkan seperti pengemis yang terpaksa mengemis setiap hujung bulan bagi mendapatkan tunggakan gaji berkenaan namun segalanya hampa apabila janji hanya tinggal janji.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sorok-fakta-sebenar |
|
|
|
|
|
|
| |
|