CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4727|Reply: 0

Nidzam calon hangat, jurulatih import juga dalam radar

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode

NIDZAM Jamil. FOTO FB Selangor FC

Kuala Lumpur: Selangor FC tidak menolak kemungkinan bakal melantik Nidzam Jamil bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang membuat kejutan meninggalkan pasukan itu semalam.

Begitupun, ia tidak bermakna skuad Red Giants sudah menutup pintu buat calon lain apabila disahkan beberapa pengendali asing sedang dipertimbangkan untuk mengisi kerusi panas itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon kepada Arena Metro yang mengakui pihaknya sedang meneliti beberapa nama sebelum diumumkan secara rasmi dalam tempoh seminggu dua akan datang.

Jelas Johan, calon jurulatih import turut dipertimbangkan dengan nama Nidzam satu-satunya pengendali tempatan dalam senarai yang sedang dinilai.



"Saya boleh katakan Nidzam adalah satu-satunya jurulatih tempatan yang ada dalam senarai pertimbangan pasukan ketika ini. Ada juga jurulatih import yang kita sedang nilai sebelum keputusan dibuat.

"Kami mahu mencari jurulatih yang sesuai dan memahami falsafah pasukan yang sudah diterapkan jurulatih sebelum ini Cheng Hoe. Bagi kami, Cheng Hoe sudah melaksanakan tugasnya dengan cukup cemerlang dan kami mahu ia diteruskan oleh pengganti yang memahami falsafah itu.

"Dalam senarai calon, Nidzam adalah jurulatih yang sudah lama dengan Cheng Hoe, malah beliau juga tahu apa kemahuan dan hala tuju kelab.

"Nidzam juga amat disenangi pemain-pemain dan saya lihat beliau calon terbaik. Namun kami masih dalam penilaian termasuk calon jurulatih luar, dan calon terbaik yang menepati kriteria kelab akan dilantik nanti," katanya ketika dihubungi.

Menerusi laporan akhbar ini semalam, jodoh Cheng Hoe bersama Red Giants tidak berpanjangan apabila bekas pengendali Harimau Malaya itu memilih menamatkan kontrak lebih awal apabila bakal berhijrah ke Liga Thailand.

Selangor FC juga mengesahkan Cheng Hoe sudah membayar pampasan baki kontrak bersama Selangor FC bagi membolehkan bekas jurulatih kebangsaan itu meninggalkan pasukan.

Ketiadaan Cheng Hoe pastinya memberi tamparan hebat ketika pasukan bakal mengharungi jadual kalendar musim 2024 yang padat termasuk bertanding di saingan Liga Juara-Juara Asia II (ACL II).

Ditanya mengenai penerimaan pemain susulan peletakkan jawatan Cheng Hoe itu, Johan akui rata-rata pemain agak terkejut dengan keputusan itu.

"Pemain memang terkejut tetapi mereka cukup profesional untuk menerima keputusan itu. Malah dalam sesi latihan nampak pemain tetap bersemangat menjalani latihan dan Nidzam mengambil alih pasukan buat sementara waktu ini," katanya.

Susulan peletakkan jawatan Cheng Hoe, Nidzam kini dilantik sebagai jurulatih interim buat sementara waktu sebelum pelantikan baharu dibuat selepas ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rt-juga-dalam-radar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057144 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list