CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6067|Reply: 0

Peluang Arsenal cipta rekod baharu

[Copy link]
Post time 2-3-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain bimbingan Arteta berpeluang lakar rekod baharu. FOTO AFP

London: Arsenal berpeluang mencipta rekod baharu sepanjang zaman liga Inggeris apabila menentang Sheffield United, Selasa ini.

Anak buah Mikel Arteta berpeluang untuk muncul pasukan pertama dalam empat liga utama bola sepak Inggeris yang mampu memenangi tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan dengan jaringan lima gol atau lebih.

The Gunners menang 6-0 di tempat lawan kepada West Ham United dan 5-0 di Turf Moor menentang Burnley dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada bulan lalu dan kini berada di ambang mencipta sejarah.

Arsenal sudah menjaringkan 25 gol dan hanya dibolosi tiga kali dalam enam perlawanan Liga Perdana 2024 yang menyaksikan mereka memenangi kesemua perlawanan itu.



Ia sekali gus menyaksikan pasukan bimbingan Arteta berpeluang kembali merebut kejuaraan liga apabila kini tidak jauh ketinggalan dengan pendahulu liga, Liverpool.

Sheffield United yang akan ditemui Selasa ini mempunyai rekod pertahanan paling lemah selepas dibolisi 66 kali dalam 26 perlawanan setakat musim ini.

Satu perkara yang menarik memihak kepada Arsenal jika mereka mahu memburu rekod itu ialah Blades sudah tewas dua perlawanan terakhir di tempat sendiri dengan jaringan 0-5 di tangan Aston Villa dan Brighton.

Perlawanan membabitkan Sheffield United di tempat sendiri sebelum dua kekalahan teruk itu juga menyaksikan mereka bolos lima gol, iaitu ketika tewas 2-5 kepada Brighton pada saingan Piala FA.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -cipta-rekod-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.061370 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list