CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5237|Reply: 0

EPL: Ten Hag idam kemenangan pertama di Etihad

[Copy link]
Post time 3-3-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode

KEJAYAAN mara ke suku akhir Piala FA memberikan sedikit motivasi buat United untuk melakukan kejutan ke atas City di Etihad malam ini. - AFP

MANCHESTER – Manchester United bakal turun ke gelanggang seteru jiran mereka, Manchester City dengan tugas yang sukar ketika pemegang saham baharu mereka, Sir Jim Ratcliffe menginginkan kemenangan pada aksi malam ini.

Pengendali United, Erik Ten Hag mengakui bahawa apa yang diimpikan Ratcliffe itu bukanlah suatu yang mustahil ketika mereka turun sentiasa turun dengan mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Katanya, pasukan lawan sentiasa turun dengan aksi terbaik menentang United dan kali ini giliran mereka memberikan aksi sempurna menentang Manchester City yang dianggap lengkap pada semua bahagian.

“Mereka memiliki pasukan yang baik. Mereka memenangi semua perlawanan menentang kami musim lalu, tetapi kami sedar bahawa itu adalah cabaran yang kami perlu hadapi. Kami sukakan cabaran dan bersedia memberikan mereka cabaran.

“Kami mahu memenangi setiap perlawanan yang dihadapi dan kami sentiasa menyertai perlawanan dengan pendekatan dan mentaliti untuk mendapatkan kemenangan itu,” katanya.

Mengulas mengenai isu kecederaan yang dialami pasukannya serta prestasi terbaik dipamerkan oleh City, Ten Hag masih percaya bahawa mampu meyakinkan para pemainnya mengenai kemampuan United untuk memenangi perlawanan.

“Kami juga berada pada prestasi terbaik ketika ini. Kami kekal bersatu dan memiliki gaya permainan yang baik. Saya dapat rasakan dan sudah bercakap dengan pemain, mereka sangat teruja dan bersedia menghadapi cabaran ini,” jelasnya.

Ten Hag turut mendedahkan bahawa dua pemainnya, Bruno Fernandes dan Raphael Varane akan menyertai perlawanan menentang City biarpun dilihat mengalami kecederaan ketika menewaskan Nottingham Forest pada aksi Piala FA sebelum ini.

“Saya fikir mereka akan bersedia untuk aksi menentang City, tetapi yang lain saya tidak rasakan mereka mampu diturunkan. Kami akan mengolah pasukan yang turun ketika menentang Forest untuk aksi kali ini,” ujarnya.

United juga mungkin masih belum dapat menggunakan khidmat penggempur utamanya, Rasmus Hojlund pada aksi kali ini yang mengalami kecederaan otot. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -pertama-di-etihad/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048023 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list