View: 6882|Reply: 0
|
Izham Tarmizi tak rasa tergugat
[Copy link]
|
|
IZHAM Tarmizi sedia rebut penjaga gol utama Sri Pahang FC. FOTO SRI PAHANG FC
Kuantan: Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan tidak berasa tergugat dengan kehadiran penjaga gol baharu dalam skuad itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.
Sebaliknya, pemain berusia 33 itu menganggap ia adalah persaingan sihat dalam usaha memastikan gawang skuad Tok Gajah lebih kukuh daripada menahan asakan lawan.
"Sebagai penjaga gol, sebenarnya saya tidak boleh berasa selesa dan akan memastikan yang terbaik serta memberikan komitmen tinggi untuk berada dalam skuad utama.
"Bagi saya peluang untuk menjadi penjaga gol utama pada musim baharu ini terbuka dan mengambilnya daripada sudut positif dan persaingan sihat demi Sri Pahang.
"Dengan persaingan ini, saya akan meningkatkan lagi prestasi dan ketangkasan dan percaya Zarif Irfan Hashimuddin dan Azfar Arif juga begitu.
"Fokus utama adalah untuk membantu Sri Pahang beroleh kejayaan musim baharu ini dan memberikan yang terbaik buat pasukan," katanya.
Musim lalu, Izham Tarmizi menjadi pilihan utama manakala Zarif Irfan selaku penjaga penjaga kedua.
Namun, kehadiran Azfar yang juga bekas penjaga gol utama Penang FC menyaksikan perebutan posisi penjaga gol utama antara tiga pemain berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-tak-rasa-tergugat |
|
|
|
|
|
|
| |
|