View: 6956|Reply: 0
|
Selangor lupakan krisis, fokus persiapan di Thailand
[Copy link]
|
|
SAFUWAN Baharudin. FOTO SELANGOR FC
Kuala Lumpur: Krisis dalaman yang menyelubungi Selangor FC mahu segera dilupakan apabila bekas gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu kini berada di Thailand bagi menjalani latihan pramusim di negara Gajah Perang itu.
Menurut tonggak pertahanan pasukan, Safuwan Baharudin, fokus skuad Red Giants ketika ini adalah untuk meningkat kecergasan dan persefahaman rakan sepasukan sepanjang seminggu di Thailand yang bermula semalam.
"Saya pasti semua pemain tidak sabar menunggu sesi pramusim di Bangkok. Ini akan menjadi ujian pertama buat kami kerana pasukan itu akan menentang dua kelab Thailand yang kini aktif dalam liga mereka.
"Jadi, saya percaya mereka tahap kecergasan pastinya akan membantu kita untuk mengukur dari segi ketahanan, kebolehan teknikal dan taktikal dari perlawanan persahabatan tersebut.
"Dalam masa yang sama ia akan membantu jurulatih membuat keputusan dalam merancang sistem yang bakal kita gunakan.
"Pramusim ini adalah masa terbaik untuk pasukan mengenali dan memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, untuk membantu kami mewujudkan kerja berpasukan yang lebih hebat apabila Liga Malaysia bermula nanti," kata tonggak kelahiran Singapura itu.
Terdahulu, kem Merah Kuning dilanda 'badai' apabila pengendali pasukan Tan Cheng Hoe secara tiba-tiba meletakkan jawatan dan berhijrah ke Liga Thailand dengan menyertai kelab Police Tero.
Pelbagai spekulasi timbul ekoran tindakan mengejutkan Cheng Hoe itu, malah impaknya turut dirasai barisan pemain yang kehilangan jurulatih.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rsiapan-di-thailand |
|
|
|
|
|
|
| |
|