CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12888|Reply: 0

Liverpool terus gah di singgahsana

[Copy link]
Post time 4-3-2024 07:09 AM | Show all posts |Read mode


Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Nottingham Forest dan Liverpool yang berlangsung di The City Ground di Nottingham. Liverpool menang 1-0. — Gambar AFP

MANCHESTER: Darwin Nunez menjaringkan gol kemenangan minit ke-99 ketika Liverpool menjarakkan kedudukan dengan kelebihan empat mata di singgahsana Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 di Nottingham Forests sementara Tottenham Hotspur bangkit lewat untuk menewaskan Crystal Palace pada Sabtu lepas.

Skuad Liverpool semakin berkurangan kerana krisis kecederaan pemain sejak beberapa minggu yang lalu ketika mereka berusaha untuk memburu empat kejuaraan pada musim  terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus.

Liverpool sekali lagi tanpa beberapa pemain bintang termasuk Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Alisson Becker dan Diogo Jota.

Tetapi ada sinar di akhir terowong dengan Nunez dan Dominik Szoboszlai kembali beraksi sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua.

Nunez memberikan impak penting pada sentuhan terakhir bola dalam perlawanan itu, menanduk satu hantaran lintang Alexis Mac Allister untuk memberikan kemenangan pertama Liverpool di City Ground sejak 1984.

“Pada saat akhir, pemain yang kelihatan seperti bekas pemain memikirkan saya akan menjaringkan satu gol dan menentukan permainan,” kata Klopp.

“Gol diumpan oleh pemain yang paling tenang dalam keseluruhan permainan. Saya melihat secara langsung tetapi saya tidak pernah melupakannya. Dia sangat tenang. Dia melambung bola cantik. Umpanan hebat dan gol yang sangat penting.”

Kemenangan membolehkan Liverpool menjarakkan kedudukan dengan kelebihan empat mata berbanding pencabar terdekat yang juga juara bertahan, Manchester City yang bermain lewat menentang kelab jiran, Manchester United dan lima mata di hadapan Arsenal, yang bermain menentang Sheffield United hari ini.

Kekalahan menyebabkan Forest masih empat mata di atas zon penyingkiran dan dengan ancaman potongan mata ekoran melanggar peraturan kewangan, kedudukan mereka masih belum terjamin.

Tottenham menjadikan ia satu tabiat untuk bangkit lewat di bawah kendalian Ange Postecoglou dan memerlukan satu lagi gol ‘bantuan’ untuk memberikan kekalahan pertama Oliver Glasner sebagai pengurus Crystal Palace dengan kemenangan 3-1.

Tendangan percuma cantik Eberechi Eze meletakkan Palace di hadapan pada minit ke-60.

Gol pertama Timo Werner bersama Spurs memulakan kebangkitan hebat Spurs apabila menyempurnakan hantaran Brennan Johnson.

Cristian Romero kemudian meletakkan Spurs di hadapan buat kali pertama sebelum kapten pasukan, So Heung-min mengesahkan tiga  mata penuh dengan gol ketiga.

Spurs kekal lima mata di belakang Aston Villa, yang kekal di tangga keempat liga selepas memerlukan gol kemenangan lewat Lucas Digne untuk menewaskan Luton Town 3-2.

Ollie Watkins menjaringkan dua gol buat Villa dalam 38 minit pertama untuk koleksi gol musim ini sebanyak 21 gol.

Luton bagaimanapun berjaya bangkit menerusi gol Tahith Chong dan Carlton Morris.

Tetapi Digne menanduk masuk satu hantaran Moussa Diaby pada minit ke-89 untuk meletakkan Villa semakin hampir untuk penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara.

Penyokong Chelsea mendesak pemecatan pengurus Mauricio Pochettino selepas pasukan mereka seri 2-2 di Brentford.

Tandukan Nicolas Jackson meletakkan Chelsea di hadapan pada awal permainan namun Brentford kini sudah lima perlawanan tanpa kalah menentang kelab jiran gah mereka di ibu kota London  itu.

Mads Roerslev mengikat kedudukan pada awal separuh masa kedua sebelum Yoane Wissa meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan buat kali pertama.

Tandukan Axel Disasi bagaimanapun memastikan Chelsea pulang dengan satu mata tetapi ia tidak menyelamat Pochettino atau pengurusan kelab dari kritikan penyokong mereka sendiri.

“Saya tidak risau. Kami perlu menerimanya,” kata Pochettino. “Anda hanya perlu membina perhubungan menerusi kemenangan.”

Pada perlawanan lain, Newcastle juga mengekalkan impian memburu kelayakan ke bola sepak Eropah dengan  kemenangan pertama di tempat sendiri sejak hampir tiga bulan dan naik ke tangga kelapan liga.

Newcastle menewaskan Wolves 3-0 untuk memintas pesaing mereka untuk kelayakan ke Eropah hasil gol Alexander Isak, Anthony Gordon dan Tino Livramento.

Brighton semakin tercicir dari kelayaka nke Eropah apabila tewas 0-3 di Fulham sementara Everton kekal dalam saingan mengelak penyingkiran walaupun denda potong 10 mata telah dikurangkan kepada potong enam mata minggu ini apabila West Ham United bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Everton 3-1 di Goodison Park untuk naik ke tangga ketujuh liga. — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.077145 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list