View: 6795|Reply: 3
|
[Tempatan]
Ratu Naga raikan Hari Wanita dengan saman SPRM. #2, Ratu Naga saman SPRM langgar hak diwakili peguam
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 8-3-2024 07:37 AM
Ratu Naga raikan Hari Wanita dengan saman SPRM
https://www.malaysiakini.com/news/698689
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Mar 8, 2024 2:04 PM⋅
Dikemaskini: 2:05 PM
Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga menyaman SPRM atas dakwaan badan antirasuah itu menafikan haknya untuk diwakili peguam sewaktu disoal-siasat.
Dia memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Februari lalu.
Tindakannya terhadap SPRM dan dua lagi defendan itu berkaitan penangkapan oleh SPRM pada 16 Februari lalu.
Dua lagi defendan dalam saman itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dan kerajaan Malaysia.
SPRM menafikan Ratu Naga ditahan dan cuma dipanggil membantu siasatan. Kenyataan itu bagaimanapun dipertikai peguamnya Nabila Khairuddin.
Nabila berkata apa yang berlaku satu tangkapan kerana rumah anak guamnya digeledah dan dia dibawa ke Putrajaya menaiki kereta SPRM.
Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa aktitis Bersatu itu disiasat susulan dakwaan rasuah yang dibuat oleh seorang lagi aktivis parti itu Badrul Hisham Shaharin terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Badrul atau Chegubard menuduh Shamsul, setiausaha politik kanan perdana menteri, menyalahgunakan dana NGO. Shamsul menafikannya.
Sementara itu, Syarul Ema berkata tindakan itu diumumkan sempena hari wanita hari ini.
“Ok, hari ini hari wanita.
“Saya raikan dengan mengumumkan bahawa saya sudah saman Ketua SPRM Azam Baki, SPRM dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya.
Katanya, dia mengambil tindakan itu untuk membela rakyat untuk mendapat representasi peguam dan menegakkan hak asasi bawah perlembagaan.
“Ingat, yang saman bukan geng PH (Pakatan Harapan) yang dulu kuat kelentong pasal rule of law (kedaulatan undang-undang), tapi saya.
“Saya bertindak pro bono publico, faham kan?” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ratu Naga saman SPRM langgar hak diwakili peguam
https://www.freemalaysiatoday.co ... ak-diwakili-peguam/
FMT Reporters
08 Mar 2024, 02:39 PM
Syarul Ema Rena Abu Samah berkata dia ditahan selepas pegawai SPRM menggeledah rumahnya 16 Feb lalu. (Gambar Facebook)
Syarul Ema Rena Abu Samah lebih dikenali sebagai Ratu Naga dibawa ke SPRM pada 16 Feb lalu untuk disiasat.
KUALA LUMPUR: Syarul Ema Rena Abu Samah daripada Perikatan Nasional memfailkan saman di Mahkamah Tinggi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan melanggar hak berperlembagaannya untuk diwakili peguam.
Syarul Ema lebih dikenali sebagai Ratu Naga dibawa ke SPRM pada 16 Feb lalu untuk siasatan.
Media melaporkan dia disiasat atas “ganjaran” yang didakwa diterimanya kerana membantu NGO mendapatkan geran.
Syarul Ema mendakwa dia dinafikan akses kepada peguamnya pada 16 Feb lalu.
“Tujuh pegawai SPRM datang ke rumah saya pada 16 Feb dan memaklumkan mereka mahu melakukan serbuan dan penggeledahan.
“Mereka merampas telefon bimbit dan komputer riba saya. Selepas serbuan dan penggeledahan selesai, saya ditahan dan dibawa ke ibu pejabat SPRM.”
Katanya, dia memaklumkan penahanan itu kepada peguamnya, Nabila Khairuddin.
“Saya memberitahu pegawai bahawa saya mahu Nabila bersama saya apabila mereka merekodkan kenyataan saya,” katanya sambil menambah SPRM didakwa menolak permintaannya.
SPRM membenarkan Syarul Ema pulang petang hari sama.
Dia menuntut deklarasi bahawa tindakan SPRM melanggar haknya untuk mendapatkan peguam seperti termaktub bawah Perlembagaan Persekutuan.
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 Mac ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Juksvikwk at 11-3-2024 11:52 AM
This is just a awesome! A really great stuff you have shared with us. Keep up the good work. Pro basketball tips
|
|
|
|
|
|
|
| |
|