Sejak dahulu, apabila memasuki Ramadan pelbagai aktiviti memeriahkan suasana seperti memukul beduk keliling kampung atau taman perumahan untuk bangunkan sahur, selain amalkan tradisi bertukar juadah dengan jiran tetangga.
Tiada bulan lain yang ada amalan sebegini sehingga ramai tertunggu-tunggu kehadiran bulan puasa untuk merasai suasana itu.
Mana tidaknya, apabila hampir tiba waktu iftar, ada jiran menatang dulang, pinggan atau mangkuk tingkat berisi juadah dimasak untuk diberi jiran lain.
Kemudian, mereka saling bertukar juadah sekali gus menggambarkan hubungan dan tradisi seumpama itu begitu akrab.
Namun, tradisi bertukar juadah ini dilihat sudah semakin kurang diamalkan apabila tidak ramai mahu berbuat demikian, sebaliknya masing-masing makanan hidangan sendiri.
Ini diakuiPenglipur Lara, Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, orang Melayu dahulu cukup kuat hidup bermasyarakat dan bagi mereka masyarakat perlu dijaga dengan baik.
Tradisi bertukar juadah, umpamanya sangat ditunggu-tunggu disebabkan ia lebih meriah dilakukan ketika bulan puasa sehingga ada beranggapan Ramadan bulan kemewahan.
"Tradisi bertukar juadah ini datangnya dari sikap saling-mengasihi, menghormati serta memberi dengan ikhlas dan tradisi ini wujud sebelum adanya bazar Ramadan atau gerai jualan di tepi jalan.
"Disebabkan tradisi ini, puasa di kampung khususnya menjadi meriah disebabkan budaya ini dan bagaikan 'kewajipan' penduduk bertukar juadah," katanya.
Masing-masing buat hal sendiri
Kongsi Mohd Rosli, selain tradisi bertukar juadah ini, penduduk berbuka di surau atau masjid akan membawa hidangan sebelum dikongsi bersama jemaah lain yang datang.
Kebiasaan apabila ini dilakukan, hidangan akan menjadi banyak sekiranya bertukar juadah dengan ramai jiran.
"Jika ada hidangan sama dimasak oleh jiran kebiasaan yang menerima tidak akan memulangkan bekas dengan juadah sama, sebaliknya dibalas pada hari yang lain.
"Sekiranya kita buat ketupat dan hantar kepada kepada jiran yang turut buat ketupat, mereka tidak membalas dengan juadah sama dan bekas makanan tidak dipulangkan supaya dapat diisi dengan juadah berbeza pada hari lain," katanya.
Tradisi yang meriah di kampung itu semakin pupus kerana generasi muda ada yang tidak mahu mengambil tahu, selain faktor kesibukan menyebabkan juadah juga hanya dibeli.
Katanya, tradisi yang baik seperti ini perlu diteruskan bukan sahaja di kampung tetapi penduduk yang tinggal di bandar kerana tidak akan rugi biarpun hanya dengan jiran di sebelah rumah.
"Makanan sebagai cara dalam mengeratkan hubungan kemasyarakatan dan jika kita tidak boleh lakukan pada setiap hari, masa lapang yang ada ketika cuti boleh digunakan bertukar juadah," katanya.
anak muda," katanya.