Tradisi bangunkan sahur makin pupus
Mohd Rosli berkata, satu lagi tradisi yang
Seni bangunkan sahur patut diteruskan
Mohd Rosli berkata, apabila zaman silih berganti peralatan lain seperti kompang digunakan bagi mengingatkan penduduk untuk bersahur apatah lagi kampung yang tidak ada alat komunikasi seperti radio dan televisyen yang menjadi medium mendengar waktu.
Kreativiti juga semakin berubah apabila ada dalam penduduk menggunakan baldi atau tin dan dijadikan irama memanggil masyarakat dengan alunan perkataan sahur, sahur secara berulang.
"Ada juga yang menyanyi lagu berunsur nasihat dan ketika itu sama ada golongan muda atau tua, mereka beramai-ramai mengelilingi kampung mengejutkan orang untuk bersahur.
"Selain berjalan kaki jika kampung kecil, mereka akan menunggang motosikal beramai-ramai, malah ada menaiki lori sambil ketukan alat muzik, hon kenderaan untuk mengejutkan penduduk.
"Masyarakat setempat menganggap kegiatan seperti memeriahkan Ramadan dan tradisi ini dilihat sudah semakin pupus disebabkan tidak ada lagi orang yang mahu berbuat demikian berkemungkinan dengan kepesatan teknologi yang memudahkan manusia bangun sendiri.
"Budaya mengejutkan penduduk bersahur sangat berseni, indah dan wajar diteruskan kerana banyak nilai-nilai murni berkaitan masyarakat antaranya dapat menyatu padu komuniti terutama anak muda," katanya.