SALAH meneguk air ketika berbuka puasa di Anfield. FOTO Agensi
London: Pengadil Stuart Attwell membenarkan perlawanan dihentikan seketika ketika Liverpool menentang Sheffield United di Anfield awal pagi semalam bagi membolehkan pemain bergama Islam berbuka puasa.
Reds mendahului menerusi jaringan Darwin Nunez apabila pengadil menghentikan perlawanan pada minit ke-25 sekali gus membolehkan Mohamed Salah, Ibrahima Konate dan pemain Sheffield Anel Ahmedhodzic berbuka puasa di tepi padang sambil mendapat tepukan penonton.
Skuad Jurgen Klopp mengekalkan kelebihan satu gol sebelum rehat tetapi mereka dikejutkan dengan jaringan penyamaan Blades hasil jaringan sendiri Conor Bradley pada separuh masa kedua.
Reds kembali di depan menerusi rembatan roket Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga pada lewat permainan.
Sebelum ini perlawanan di antara Newcastle dan Everton di St James' Park pada Rabu lalu juga dihentikan 20 minit bagi membolehkan pemain Muslim seperti Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure berbuka puasa