CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6730|Reply: 0

[Terengganu] 'Tak sangka menjelang lebaran kami diduga sebesar ini'

[Copy link]
Post time 9-4-2024 09:06 PM | Show all posts |Read mode
'Tak sangka menjelang lebaran kami diduga sebesar ini'



Zaid Salim
am@hmetro.com.my



ARWAH Muhammad Ngah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Serada. FOTO Zaid Salim




Kuala Terengganu: "Kami langsung tidak fikir persiapan hari raya, yang kami fikir bagaimana keadaan abang yang hilang sejak keluar rumah, Sabtu lalu," kata Mohd Azis Ngah, adik kepada Muhammad Ngah, 67, yang ditemukan meninggal dunia di kawasan tapak pembinaan ECRL di Kampung Banggol Katong, di sini, jam 10.25 pagi tadi.

Bagaimanapun, pencarian warga emas itu akhirnya bernoktah apabila ditemukan dalam keadaan sempurna dan terbaring berhampiran motosikal roda tiga miliknya di kawasan tapak projek di kampung berkenaan kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Baru Serada, di sini.

Menurut Mohd Azis, sejurus warga emas itu tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan motosikal roda tiga kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu, dia bersama keluarga dan penduduk kampung tidak berhenti mencari tanpa menghiraukan penat lelah dan keletihan berpuasa.

"Kami tidak fikir soal raya (Aidilfitri), malah sambutan hari raya esok, kami akan sambut dengan majlis tahlil dan kenduri arwah.

"Tidak menyangka lebaran ini kami diberikan dugaan sebesar ini tetapi sebagai hamba-Nya, kami semua reda dengan apa yang terjadi kerana semua yang berlaku adalah ketentuan Allah," katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Serada, hari ini.

Jenazah Mohamad selamat dikebumikan tanah perkuburan berkenaan 6 petang selepas disembahyangkan di masjid kampung itu selepas solat Asar.

Sementara itu, Muhammad Nor Hisyam, anak ketiga daripada lima beradik berkata, sepanjang Ramadan arwah bapanya tidak berniaga menyebabkan dia rasa bosan duduk di rumah.

Katanya, jika tidak, rutin setiap hari, arwah bapa akan ke pasar borong Gong Pauh, di sini bagi membeli barangan jualan seperti barang basah dan makanan pagi yang dijual secara mobile.

"Hari Sabtu saya sedar ayah panaskan enjin motosikal tetapi tidak menyangka ayah akan keluar kerana sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatannya kurang baik.

"Ayah ada mengalami masalah jantung dan kencing manis tetapi dia masih berupaya menunggang motosikal.

"Jumaat minggu lalu pun ayah keluar ke kedai gunting rambut dengan motosikalnya. Selepas seharian tidak pulang ke rumah, kami berasa sesuatu berlaku kepada ayah dan tidak jemu mencari," katanya.

Mohd Nor Hisyam mewakili keluarganya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sanak-saudara, penduduk kampung dan sesiapa sahaja yang tidak jemu-jemu berusaha mencari arwah bapanya tanpa mengira siang malam.



Disiarkan pada: April 9, 2024 @ 8:48pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197681 Replies : 4584
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 1111 Replies : 0
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 1616 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.291610 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list