CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2743|Reply: 0

[Pahang] Lima lelaki ditahan kerana provokasi pelanggan restoran makanan segera

[Copy link]
Post time 15-4-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode

KUANTAN: Polis menahan lima lelaki tempatan dipercayai terbabit melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan sebuah restoran makanan segera dekat Sungai Isap, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata lima suspek yang ditahan dalam gerakan semalam dan kelmarin itu berumur di antara 27 dan 43 tahun.

Katanya, penahanan lima suspek itu susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga pelanggan restoran makanan segera.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan lima suspek ditahan reman sehingga Rabu ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Berdasarkan laporan, kejadian berlaku apabila beberapa lelaki berkempen memboikot makanan segera dengan menaiki pacuan empat roda, Jumaat lalu.

Difahamkan, berlaku provovasi di antara suspek dan pengadu hingga mencetuskan pertengkaran.

Bagaimanapun, tiada pergaduhan berlaku tetapi suspek dikatakan mahu memukul pengadu dan untuk memastikan keselamatan terjamin, pengadu membuat laporan polis, kelmarin.

Siasatan itu turut membabitkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

https://www.bharian.com.my/berit ... oran-makanan-segera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.144184 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list