CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6073|Reply: 9

BRUNEI FOUND NEW OIL FIELD

[Copy link]
Post time 18-3-2011 04:05 PM | Show all posts |Read mode
BRUNEI FOUND NEW OIL FIELD

MIRI: A new oil field estimated to contain several hundred millionbarrels in reserves has been found about 100km offshore from Brunei, The Brunei Times reported yesterday.

The daily said the discovery was made by Brunei Shell Petroleum (BSP)which described it as a successful exploration and a significant oiland gas find in its deepwater acreage.

Quoting a BSP statement, it said the field known as Geronggong was inthe third acreage area and about 1km deep, the deepest water in whichBSP had discovered hydrocarbons in the Brunei acreage.
“The depth is enough to fully submerge the world's tallest building,Dubai's Burj Khalifa, which is 828 m tall,” it added. - Bernama

BRUNEI FOUND NEW OIL FIELD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2011 04:26 PM | Show all posts
makin kayo ler brunei...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 12:29 PM | Show all posts
MIRI: A new oil field estimated to contain several hundred millionbarrels in reserves has been f ...
jamaluddin Post at 18/3/2011 04:05 PM


Alhamdulillah... semuanya dtg dari Allah Swt.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 05:44 PM | Show all posts
kengkawan Brunei.. leh la blanja2 kitorang Miri nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 02:16 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 04:17 PM | Show all posts
kaya negara brunei ini..
tapi kalau buat jambatan dari Limbang pergi tamburong itu alangkah cepat nya perjalanan aku nak pergi lawas tak payah tunggu que panjang2....sungai kecil pun tak lek buat jambatan. kalau pakai ferry bayar $4.00 brunei dan RM 8.00 msia...kalau ada jambatan boleh lah tax tol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2012 10:14 PM | Show all posts
kaya negara brunei ini..
tapi kalau buat jambatan dari Limbang pergi tamburong itu alangkah cepat n ...
hjrayle Post at 29-6-2012 16:17



    ckp mmg senang... jgn kan org luar, even bruneian sendiri pun berpendapat mcm ni... tp tu pendapat yg x suka blajar geography agaknya.. sungai pandaruan tu mmg kecil, kalau ada jambatan pun mmg x sampai 10 saat pun dah boleh sampai ke sebelah jalan sana.. tp kena ingat, sungai pandaruan tu hak milik malaysia dan brunei.. dan kerajaan brunei xkan sewenang2 nya nak bina jambatan menyeberangi sungai tersebut tanpa persetujuan dari kerajaan malaysia...

pembinaan jambatan sudah pun diimulakan bulan mei lalu, insya allah siap tahun 2013. perancangan yg dibuat bukan ibarat melepas batuk di tangga. malah pembinaan jambatan tersebut atas kerjasama dgn kerajaan malaysia.. bermakna, projek ni bukan hanya di tanggung leh kerajaan brunei, tetapi ditanggung leh kedua2 negara..


dari borneopost:

Pembinaannya akan melancarkan perhubungan M’sia-Brunei, peluang meningkatkan ekonomi, perniagaan, pelancongan


LIMBANG: Pembinaan Jambatan Sungai Pandaruan yang bermula tahun ini bukan saja melancarkan sistem perhubungan di sepanjang  Pan Borneo antara Malaysia dan Brunei, tetapi mampu memacu pembangunan lebih drastik di bahagian ini.
Residen Limbang Maria Hasman berkata, apabila siap dibina nanti, jambatan tersebut dapat membuka peluang yang lebih meluas bagi meningkatkan ekonomi, perniagaan dan pelancongan antara kedua-dua negara.
Menurutnya ia merupakan satu lagi projek berimpak besar yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya untuk meningkatkan rangkaian prasarana perhubungan.
“Saya optimis tahun 2012 bakal menyaksikan pelbagai projek berimpak besar akan dilaksanakan di bahagian ini.
“Antaranya ialah pembinaan Jambatan Sungai Pandaruan yang menghubungkan Malaysia dan Brunei serta beberapa projek lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo pada sambutan Ambang Tahun Baharu anjuran Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Jabatan Belia dan Sukan Bahagian di Dataran Jubli Emas malam kelmarin.
Turut sama ialah ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) Sufian Mohat dan jemputan lain.
Maria turut berharap pembinaan jambatan itu yang dijangka  dibina selewat-leawtnya April nanti akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Jambatan Sungai Pandaruan yang bernilai sekitar RM23 juta dibina dengan ketinggian lima meter, lebar 14 meter dan panjang 200 meter.


berita harian:
LIMBANG: Jambatan yang dipersetujui untuk dibina merentasi Sungai Pandaruan yang menyempadani Sarawak di Malaysia dan daerah Temburong di Brunei dekat sini, dijangka siap menjelang 2013, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, hari ini.

Beliau berkata pembinaan jambatan itu yang ditetapkan kira-kira 200 meter panjang dan 60 meter lebar dicadang bermula pada April tahun depan.            "Lima kontraktor dari Brunei dan lima dari Malaysia akan dipelawa membida tender untuk membina jambatan itu yang dijangka membabitkan kos kira-kira RM25 juta," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan projek itu di sini hari ini.            
      Turut menyertai beliau dalam lawatan itu ialah Menteri Komunikasi Brunei, Dato Seri Awang Abdullah Datuk Paduka Bakar, Menteri Kedua Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.

"Dengan siapnya jambatan itu akan menamatkan penantian yang panjang oleh kalangan kembara antara Sabah, Sarawak dan Brunei," katanya.

Pemeteraian perjanjian untuk memulakan pembinaan jambatan itu dilakukan antara Shaziman dan Awang Abdullah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menyaksikan majlis berkenaan.
      Sementara itu, Awang Tengah memberitahu pemberita jambatan itu akan menambah baik kesalinghubungan di bahagian utara Sarawak, Brunei dan selatan Sabah.
Beliau berkata jambatan itu semestinyalah akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan aktiviti ekonomi penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei. - BERNAMA                                


pelita brunei:
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/15jun12/edit.htm


dari website kem. pembangunan:
                                                                                                                        Kontrak Perjanjian Projek Jambatan Pandaruan Dimeterai                                                                                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                                                                               

                       
                                                                                                                        Monday, 16 April 2012 00:00                                                                                                                                                                                               
                                                                               

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April - Perwakilan-perwakilan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia hari ini mengadakan Mesyuarat Kali Ke-Lima (5) Joint Project Team (JPT), Sesi Menandatangani Surat Setuju Terima (SST) dan Terma-terma Rujukan (Terms of Reference - TOR) projek bagi Projek Membina Jambatan Menyeberangi Sungai Pandaruan, di Kuala Lumpur.

Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan Dato Paduka Haji Alaihuddin bin POKDG Haji Mohd Taha, selaku Pengerusi Bersama JPT mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ke mesyuarat tersebut manakala delegasi Malaysia pula diketuai oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, Malaysia Datuk Himmat Singh, selaku Pengerusi Bersama JPT.

Kementerian Perhubungan dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua buah negara terlebih dahulu telah mengadakan Mesyuarat Kali Ke-Lima (5) JPT bagi mengesahkan kontrak perjanjian projek dan Terma-terma Rujukan projek.

Kontraktor dari Malaysia iaitu Perkerjaan Piasau Konkerit Sendirian Berhad telah berjaya dalam tender pembinaan jambatan bagi projek ini iaitu hasil penilaian tender yang telah dibuat secara bersama di Brunei Darussalam pada 28 Mac 2012.

Kontrak perjanjian projek pembinaan telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dengan syarikat tersebut dan disaksikan oleh kedua Pengerusi Bersama Joint Project Team (JPT) kedua buah Negara.

Manakala itu, Terma-terma Rujukan projek telah juga ditandatangani oleh Ketua Pengarah kedua buah negara masing-masing dan disaksikan juga oleh kedua Pengerusi Bersama Joint Project Team (JPT).

Satu Memorandum Persefahaman mengenai Penyelenggaraan Jambatan juga akan ditandatangani kemudian oleh kedua buah pihak negara dan beberapa orang pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Kerja Raya daripada pihak Negara masing-masing akan dilantik menjadi Ahli kepada satu Jawatankuasa Pengurusan Jambatan di bawah Joint Project Team (JPT) bagi memantau dan menyenggara projek sehingga pembinaan jambatan ini siap nanti.

Dengan terlaksananya sesi penandatangan ini, akan bermulalah projek pembinaan jambatan ini pada Mei ini dan dijangka siap dalam tempoh 15 bulan iaitu pada bulan Ogos 2013.

Kos pembinaan jambatan akan dibahagi sama rata antara kedua pihak Negara.


--Ihsan dari Media Permata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 02:57 PM | Show all posts
Reply 7# reddots
Yang hairan nya kenapa baru skg nak buat .sepatutnya dah di buat 10 tahun yang lalu.
kalau kat sini blh jadi nak pacing undi PRU 13. YB ATAH
sungai kecil saja..anyway tumpang gembira kerana dah ada pembangunan di buat di kws itu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 04:24 PM | Show all posts
Reply  reddots
Yang hairan nya kenapa baru skg nak buat .sepatutnya dah di buat 10 tahun yang lal ...
hjrayle Post at 16-7-2012 14:57


jgn kan kata  buat 10 tahun yg lalu.. buat 50 tahun yg lalu pon boleh.. tp kena ingat... sbb jambatan tu dibuat di daerah Limbang.. perlu tengok dulu,Limbang adalah sejarah brunei.. byk aspek yg kena tengok dan kira..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 12:44 PM | Show all posts
Reply 9# reddots

tak apa demi kemajuan dua buah negara apa salah nya di bangunkan..orang brunei boleh pergi Limbang dan miri.. current exchanges lebih menguntungkan orang Brunei.. orang Brunei boleh shopping di limbang dan..mana2 tempat di utara sarawak. dpt lah harga murah..Contohnya. harga daging di limbang RM40 1 kg... current exhanges dgn Brunei baru sahaja belasan RM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055090 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list