CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5355|Reply: 0

[Pahang] Bahaya ubat sakit sendi, tenaga batin tidak berdaftar dijual dalam talian

[Copy link]
Post time 30-4-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman (tengah) menunjukkan produk ubat-ubatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi yang dirampas di Kuantan. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Ubat sakit sendi dan tenaga batin antara produk dijual secara dalam talian dirampas oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Pahang, di daerah di sini, semalam.

Pengarah JKN Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, berkata hasil pemeriksaan ke atas tiga premis kediaman dan kenderaan, sebanyak 116 jenis produk ubat tidak berdaftar dan 49 kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM1 juta dirampas.

"Dalam Operasi LHT, turut ditemukan empat peranti digital yang digunakan bagi tujuan jualan secara dalam talian itu. Maklumat kegiatan jualan ubat dan kosmetik itu diperoleh berikutan aduan orang awam berkenaan penjualan ubat-ubatan yang disyaki tidak berdaftar melalui platform e-dagang.

"Siasatan mendapati ubat-ubatan ini tidak berdaftar dengan KKM dan aktif menjualnya secara dalam talian.



"Rampasan itu juga hasil risikan CPF Pahang selama enam bulan berjaya membongkar kegiatan itu termasuk menyamar sebagai pelanggan," katanya pada sidang media di pejabat JKN Pahang, di sini, hari ini.

Operasi itu yang diketuai CPF Pahang dengan kerjasama Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), CPF Selangor, CPF Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hadir sama, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mohd Zawawi Abdullah.

Dr Rusdi berkata, kebanyakan ubatan yang dirampas itu lebih kepada ubat bagi pesakit yang mengalami masalah kulit, sendi dan tenaga batin.

Katanya, antara kesan sampingan yang boleh dihadapi kepada individu yang menggunakan produk itu ialah berdepan masalah buah pinggang, tulang kepada individu yang berusia.

"Siasatan awal mendapati kegiatan ini didalangi syarikat tempatan yang menjual produk terbabit secara dalam talian.

"Penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi adalah

melanggar Peraturan 7(1)(a) dan Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dijual-dalam-talian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 1.308644 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list