View: 10761|Reply: 9
|
Mahalini, Rizky Febian nikah hujung minggu ini
[Copy link]
|
|
SELEPAS hampir setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Indonesia Rizky Febian dan Mahalini bakal mendirikan rumah tangga pada 5 Mei ini.
Khabar gembira tersebut didedahkan ahli keluarga pelantun lagu Sial itu kepada media Indonesia dan mereka memilih kediaman Mahalini di Bali sebagai lokasi pernikahan.
“Benar, mereka akan berkahwin pada 5 Mei ini di Bali.
“Pada 5 Mei nanti, majlis akan diadakan di Bali terlebih dahulu dan seterusnya majlis di Jakarta pula menyusul beberapa hari kemudian,” katanya.
Spekulasi perkahwinan mereka muncul selepas bakal pengantin lelaki berkongsi animasi latar biru seolah-olah foto buku nikah.
Mereka juga melancarkan ‘teaser’ lagu baharu berjudul Bermuara tiga hari lalu yang menguatkan lagi desas-desus hari bersejarah mereka.
Biarpun berita perkahwinan itu sudah tersebar, pasangan terbabit masih belum memberi sebarang kenyataan.
Pemilik nama lengkap Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 24, secara rasmi menjadi tunangan kepada Rizky pada 7 Mei tahun lalu.
Mereka mengikat tali pertunangan selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun tiga bulan.
Begitupun, isu perbezaan agama antara dua penyanyi popular itu yang masing-masing beragama Hindu dan Islam hangat diperkatakan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
lagu dia satu tu je aku suka..sampai hari tua |
|
|
|
|
|
|
|
kat indo berlainan agama, on aje.. sabor je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu jumpa nama2 dorg pelik tapi yang ini paling pelik la. Tak pelik tapi maybe unik. |
|
|
|
|
|
|
|
laki muslim, puan hindu bali..
nikah laki masuk hindu? puan masuk islam? or typical mcm indon lain kawin tapi masih kekal agama masing2..
tapi iolls suka jer dgr lagu2 mahalini n laki ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
lain betul nama mahalini.. tahniah untuk pasangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk Islam perantin pompuan. Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish replied at 2-5-2024 04:52 PM
lain betul nama mahalini.. tahniah untuk pasangan.
Nama Bali. Tradition. Ni luh for anak perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Whatsofunnyth replied at 14-5-2024 11:53 AM
Nama Bali. Tradition. Ni luh for anak perempuan
Ketut tu pula maksud anak ke empat. Kalau depan nama wayan - anak sulung lelaki. Kat bali sebab diorg hindu, nama permulaan tu berdasarkan kasta dan kedudukan anak. Wayan dan ketut utk kasta org kebanyakan. Kasta brahma (kasta paling atas), permulaan nama bagus atau dayu… gittchewww |
|
|
|
|
|
|
| |
|