CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12529|Reply: 19

[Tempatan] Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, tayang gambar turun pandang buat tatapan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Menjawab kritikan penyokong Fadhlina Sidek.

[Copy link]
Post time 3-5-2024 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 3-5-2024 04:54 AM

Puad tayang gambar turun pandang buat tatapan Fadhlina

https://www.malaysiakini.com/news/704344

Diterbitkan:  May 3, 2024 12:13 PM⋅
Dikemaskini: 11:32 AM



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi mendedahkan pengalamannya menjelajah ke sekolah pedalaman sewaktu menjadi timbalan menteri pendidikan.

Pendedahan itu sebagai menjawab kritikan penyokong Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menurut Mohd Puad, dia sempat melawat hampir 168 buah sekolah di pedalaman khususnya pedalaman 3 (P3) ketika itu termasuk di Sabah dan Sarawak.



"Ada penyokong menteri pendidikan tidak boleh terima cabaran saya agar menteri tidur satu malam di rumah panjang. Dia kata apa saya buat masa jadi timbalan menteri dulu.

"Saya pernah bermalam di 17 rumah panjang di Sarawak. Kalau di Sabah biasanya saya bermalam di rumah guru. Masa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Lenjan di Cameron Highlands saya tidur di bilik darjah yang sejuk.

"Saya melawat hampir 168 buah sekolah pedalaman khususnya pedalaman 3 (P3).

"Untuk ke sekolah pedalaman biasanya naik bot atau guna 4WD meredah jalan balak. Untuk ke SK Bekalalan saya naik 4WD selama 9 jam," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


Tiga hari lalu, Mohd Puad dilaporkan mencabar Fadhlina untuk bermalam di rumah panjang atau kawasan pedalaman bagi merasai sendiri kepayahan pelajar di sana mendapatkan pendidikan.

“Kepada menteri pendidikan sudilah bermalam di rumah panjang atau kawasan pedalaman. Saya cabar. Jangan jadi menteri malas,” katanya dalam satu kenyataan.



Cabaran itu dibuat susulan laporan terbaru Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' yang memberi gambaran pembelajaran murid Malaysia ketinggalan berbanding pelajar Vietnam.

Bagaimanapun PKR Johor melalui naib pengerusinya, Mohamad Taufiq Ismail membidas Mohd Puad kerana seolah-olah Fadhlina tidak ambil pusing isu sekolah pedalaman.



Mengulas lanjut, Mohd Puad menceritakan pengalamannya yang berjalan kaki lapan jam untuk melawat SK Saliliran Nabawan berhampiran sempadan Kalimantan Indonesia dan melawat hampir semua sekolah pulau termasuk Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulai Sibu, Pulau Banggi dan Pulau Shanghai.

"Hasil lawatan turun ke bawah itu membantu saya selesaikan banyak masalah. Contoh bina asrama desa baru di SK Saliliran dan SK Pensiangan. Membina rumah guru baru seperti di SK Tinanduk.

"Pelan Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman telah dilancarkan di Paitan Beluran Sabah pada 16 April 2013. Ia patut ditambah baik dan diteruskan.

"Sudah tentu tidak semua masalah selesai. Saya bukan raja formula. Sebab itu menteri kena sambung dan turun sendiri ke bawah. Jangan banyak retorik," katanya lagi.

Mohd Puad turut menitipkan nasihat kepada menteri supaya tidak mudah melenting apabila dicabar dalam perkara kebaikan sebegini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp menteri yg baru ni mmg kuat melenting. Tgk cara dia jwb kt dewan rakyat pun semacam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 01:06 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 3-5-2024 01:05 PM
Tp menteri yg baru ni mmg kuat melenting. Tgk cara dia jwb kt dewan rakyat pun semacam.

kan..ala2 macik emo gitu..yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
I dont like fadhlina.. liberal sgt . Penyokong dap
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 3-5-2024 01:05 PM
Tp menteri yg baru ni mmg kuat melenting. Tgk cara dia jwb kt dewan rakyat pun semacam.


Siapo? Fadhlina ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 3-5-2024 01:05 PM
Tp menteri yg baru ni mmg kuat melenting. Tgk cara dia jwb kt dewan rakyat pun semacam.

Emo je kan makcik ni...bukan jenis penyelesai masalah...penambah masalah ada la makcik ni...jawatan menteri pendidikan ni kena bg ke org stem la...bg ke org sastera pandai beretorik je la...sib baik la jaman maszlee ada le hasil kasut hitam n google classroom.tp tu la...sekolah2 ni apo tak pakai secara optimum...geram aku...kalo tak nak pakai back to buku 3x5 la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi.. Ko pergi pun 168 buah sekolah, ada tindakan susulan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
fadhlina ni menyambung je dasar yg sedia ada. kurikulum tu PPK yg sediakan.
ingat boleh ubah dlm setahun dua ke.
puad ni tkde pun sumbangan dia kalo kot menjelajah skolah merata².
try tanya cgu³ lain. jgn kn menteri, org JPN nk dtg turun skolah, pun ppd seminggu awal dh dtg skolah check itu ini.. cgu pun dikerah buat gotong royong itu ini. dah tk masuk klas ngajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 02:09 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 3-5-2024 02:10 PM
albedah replied at 3-5-2024 01:48 PM
Jadi.. Ko pergi pun 168 buah sekolah, ada tindakan susulan?

Katanya:

Sudah tentu tidak semua masalah selesai. Saya bukan raja formula.
Dia dengki je la tu orang tu tak turun jalan kaki 8km macam dia.  Dia sendiri nak pengsan (refer to gambar) pastu nak expect perempuan buat pula.


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko jadi timbalan menteri tu zaman bila?dan berapa thn? so  lps ko melenjan  jerit perih pala bana  semua tu apa perubahan slps tu? aku  tgk budak2 especially kt borneo tu nak  pegi sekolah pun ala2 bertarung nyawa gak sampai skrg.shut up la boomer .sembang mcm ko terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:18 PM | Show all posts
konsep la kan bila orang jpn ke menteri ke nak turun sekolah, mesti ppd dah sesiap touch up mana yang lompong untuk sementara waktu, so that tak nampak la flaws yang ada. Lepas sesi lawatan tu, habis roboh balik gaychieww. Eh kat memana pon sama je kan, bukan sekolah aje. Bila menteri nak datang kampung2, habis semua jalan ditarnya jadi cantik. Kalau tak hadoooo...lubang sana sini. Contohnya, jagung datang ke borneo haritu. Semua jalan diaspal khuenz. Dasarrr..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 3-5-2024 01:48 PM
Jadi.. Ko pergi pun 168 buah sekolah, ada tindakan susulan?

Dapatla penuhkan album gambar..sekarang simpan kat harddisc jer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:48 PM | Show all posts
Isninselasarabu replied at 3-5-2024 01:15 PM
I dont like fadhlina.. liberal sgt . Penyokong dap

Contoh?

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 3-5-2024 02:18 PM
konsep la kan bila orang jpn ke menteri ke nak turun sekolah, mesti ppd dah sesiap touch up mana yan ...

Tak buleh ke menteri ni terjah mengejut nak tengok keadaan sekolah sebenar macam mana macam kj buat dulu terjah hospital spontan.

Ke kena inform dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 3-5-2024 01:48 PM
Jadi.. Ko pergi pun 168 buah sekolah, ada tindakan susulan?

"Hasil lawatan turun ke bawah itu membantu saya selesaikan banyak masalah. Contoh bina asrama desa baru di SK Saliliran dan SK Pensiangan. Membina rumah guru baru seperti di SK Tinanduk."

Buat asrama baru dengan buat rumah guru baru. Ok la tu kan dari takde.

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni fadhlina ada mai turun sekolah anak aku. Seminggu sebelum tu, gate B sekolah kena katup sebab nak kena turap balik (padahal aku tengok elok je tar tu), diarahkan parents yang nak pickup / drop anak kena pusing masuk ke gate C (gate ni untuk laluan keluar sahaja, jalan muat2 sebijik keter), cikgu2 pulak bz cat sana sini, kemas apa patut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 3-5-2024 02:09 PM
Katanya:

Dia dengki je la tu orang tu tak turun jalan kaki 8km macam dia.  Dia sendiri nak pengsan ...

Scroll balik tengok pic kat atas tu. Yelah kan, pokcik baju oren tu dok kipas dengan topi kat puad ni. Pengsan ke pitam tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:23 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 3-5-2024 03:08 PM
Scroll balik tengok pic kat atas tu. Yelah kan, pokcik baju oren tu dok kipas dengan topi kat puad ...

Tengok muka yg lain2 dalam gambar tu kelakar, derang pun agaknya eleh baru jalan sikit dah pitam...haha auntie yg pakai topi tu duk ketawakan dia kut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:26 PM | Show all posts
fadhlina ni bab posting cikgu baru keluar univ/maktab mcm ok dan cepat. Bab2 lain tak tahula..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
always_typo replied at 3-5-2024 05:26 PM
fadhlina ni bab posting cikgu baru keluar univ/maktab mcm ok dan cepat. Bab2 lain tak tahula..

Sbb menteri ka atau sbb staf staf pic yg problem ..aii rasa biar pitidi yg manage KPM...officer officer yg dulunya cikgu tu mohon gi ngajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067159 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list