CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3414|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 86 peratus pekerja Malaysia pilih masuk pejabat 3 kali seminggu

[Copy link]
Post time 6-5-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 86 peratus pekerja di negara ini memilih untuk masuk ke pejabat hanya tiga hari seminggu dalam tinjauan yang diadakan bagi tempoh 23 Oktober hingga 11 November tahun lalu.

Tinjauan Workmonitor 2024 di Malaysia yang dilakukan Randstad Malaysia membabitkan 517 pekerja itu, mendapati sebanyak 39 peratus pekerja mempertimbangkan untuk berhenti sekiranya diminta oleh majikan untuk menghabiskan lebih banyak masa bekerja di pejabat.

Katanya, tinjauan itu turut mendapati dua daripada lima rakyat negara ini sanggup berhenti sekiranya diminta bekerja lebih kerap di pejabat.

"Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.


"Dua daripada lima responden berkata mereka melakukan perubahan hidup seperti berpindah atau mempunyai haiwan peliharaan dan menjangkakan kerja fleksibel diteruskan selepas pandemik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, tinjauan itu mendapati reaksi daripada majikan adalah berbeza, yang mana satu dalam dua responden berkata, pihak majikan memperkenalkan polisi wajib bekerja lima hari di pejabat.

"Malah, satu dalam 10 responden berkata majikan mereka tidak mempunyai polisi bekerja secara fleksible," katanya.

Sementara itu, tinjauan berkenaan turut mendapati 52 peratus rakyat Malaysia tidak akan menerima pekerjaan sekiranya syarikat tidak proaktif dalam meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti.

Katanya, kepelbagaian dan ekuiti adalah penting kepada generasi muda, kerana 59 peratus daripada Gen Z dan 54 peratus daripada Milenium mengatakan mereka tidak akan menerima pekerjaan dengan syarikat yang tidak proaktif dalam meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti.

"Sebanyak 67 peratus rakyat Malaysia menyembunyikan beberapa aspek mengenai diri mereka di tempat kerja yang menjadi pendorong untuk mencari organisasi yang menyediakan persekitaran selamat bagi membolehkan mereka menjadi diri sendiri," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... bat-3-kali-seminggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.052742 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list