CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3363|Reply: 0

[Pahang] Pertemuan semula selepas 43 tahun undang air mata gembira

[Copy link]
Post time 6-5-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Pertemuan pertama kali, 60 bekas murid Sekolah Kebangsan ( LKTP) Sungai Tekam dengan bekas guru diadakan selepas 43 tahun berpisah. FOTO ROSELAN AB MALEK

Jerantut: Pertemuan 60 bekas murid Sekolah Kebangsan (LKTP) Sungai Tekam dengan bekas guru diadakan selepas 43 tahun berpisah mencatat sejarah tersendiri.

Pengerusi Alumni Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Tekam, Zailan Shahbudin, 55, berkata pertemuan ini sangat bermakna kerana dapat mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak ketika di sekolah rendah serta bertemu guru yang pernah berjasa mendidik mereka.

"Malah ramai yang mengalir air mata kegembiraan kerana tidak sangka dapat bertaut kembali walaupun sudah berpisah sejak 43 tahun lalu.

"Sebahagian besar sudah tidak mengenali antara satu sama lain kerana perubahan wajah dan fizikal, namun masih mengingati nama rakan sekelas,


"Lucunya pada mulanya suasana sepi kerana tidak lagi mengenali satu sama lain. Namun ia bertukar meriah selepas mengenali nama masing-masing dan mula mengimbau kenangan ketika di bangku sekolah dahulu," katanya.

"Lebih bermakna pertemuan itu turut dihadiri empat bekas guru sekolah berkenaan yang masih sihat dan ceria walaupun sudah berusia emas," katanya yang mengadakan pertemuan itu di dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tekam, di sini.

Zailan berkata, selepas habis belajar darjah enam pada tahun 1981, kebanyakan mereka menyambung pelajaran di sekolah menengah berhampiran dan ramai juga kembali ke negeri asal ibu bapa masing-masing seperti Kedah, Kelantan dan Johor.

Bagi Norhayati Gusni, 55, idea pertemuan itu tercetus selepas berjaya menjejaki semula beberapa rakan lama sebelum membuat kumpulan WhatsApp bagi menjejak rakan lain.

"Kami sangat teruja dapat berjumpa semula dengan kawan lama walaupun sudah berubah wajah dan fizikal tetapi tetapi semangat setia kawan tetap menebal di hati.

"Kebanyakan kami tidak lagi tinggal di rancangan ini kerana sudah menetap di seluruh negeri di Semenanjung. Kami pulang semata-mata untuk bersua muka dengan rakan-rakan lama dan guru yang pernah mengajar kami," katanya.

Sementara itu bagi Roszalina Said, 55, pula, bersyukur kepada Allah kerana dipanjang usia dan sihat kerana berpeluang berjumpa semula dalam majlis itu.

Bagi bekas guru, Baharuddin Narawi, 66, pula berkata pertemuan itu sangat mengujakan kerana dapat berjumpa kembali dengan bekas murid pertama dalam kerjaya sebagai guru.

"Terharu bercampur gembira kerana ditakdirkan dapat berjumpa semula. Mereka adalah murid saya yang pertama di mana kebanyakan nama mereka masih bermain di minda walaupun wajah sudah berubah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-air-mata-gembira

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 1.262277 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list