CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3450|Reply: 5

Kedudukan Malaysia yang jatuh ke tangga 107 bukan disebabkan Kementerian Komunikasi saja - Fahmi Fadzil

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:04 PM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Kedudukan Malaysia yang jatuh 34 anak tangga iaitu daripada 73 pada tahun lalu ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024, bukan disebabkan Kementerian Komunikasi semata-mata, kata Menterinya, Fahmi Fadzil.


Fahmi berkata, ia kerana, ada hal yang membabitkan akta di bawah kementerian berbeza dan pendirian Malaysia terhadap beberapa isu juga laporan yang dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) itu.


"Sebagai contoh, isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), kita sedia maklum pendirian Malaysia mengenai isu itu.


"Jadi ada beberapa perkara yang perlu mengikut kesesuaian atau acuan (adat) sama ada Asean mahupun ketimuran.


"Ada MP (Ahli Parlimen) kami kata, Malaysia lebih buruk daripada Israel…tapi berbeza dengan Israel kita tak membunuh orang, kita tak menutup mana-mana media. Semalam baca (berita) Israel menutup pejabat Al-Jazeera," katanya.


Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 di sebuah hotel, di sini, hari ini.


Fahmi berkata, kedudukan Malaysia dalam laporan diterbitkan RSF bukan kayu pengukur tetapi akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan.


"Saya terima hasil laporan RSF dengan hati terbuka dan akan meneliti langkah dicadangkan.


"Saya juga Menteri Komunikasi pertama yang akan bertemu dengan RSF tidak lama lagi bagi mengadakan perbincangan selanjutnya.


"Saya alu-alukan kesediaan RSF untuk bekerjasama...tak semestinya menerima bulat-bulat (cadangan) tapi untuk kaji mendalam apa yang sesuai," katanya.


Jumaat lalu, media melaporkan, Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh RSF.


Bagi negara Asean, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-8, diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saiya salah jual buah sana traffic light saja la..abang..lain saiya tatau"-rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:50 PM | Show all posts
Di Israel tu ada ja rakyat dia yang turun ke jalan bantah dasar dan tindakan kerajaan. Media dia pun ada ja kritikal terhadap pemerintah.

Di Malaysia pula yang tiada langsung berita sisi elok Israel dan sisi gelap Palestine. Mustahil kalau tak ada kecuali media memang tak dibenarkan untuk cover.

Sama juga dengan LGBT. The official line memang dah tutup untuk sebarang objective discourse and now 3R. Tapi bagus juga nanti sebut ketuanan melayu pun boleh kena kutip
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dan2 je nak jumpa rsf
dasar suneo

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:46 PM | Show all posts
Thank you so much for sharing all this wonderful information It is so appreciated!! You have good humor in your blogs. So much helpful and easy to read!

MyAccountAccess
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab menteri kom. Kementerian tak bersalah.


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196256 Replies : 4543
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30367 Replies : 182
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060058 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list