CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2648|Reply: 0

Haqimi aset masa depan Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:16 PM | Show all posts |Read mode

HAQIMI (kanan) dijangka mendapat banyak minit permainan susulan penghijrahan Morales ke JDT musim ini. - FB KL CITY FC

SATU gol yang dihasilkan Haqimi Azim Rosli di Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) baru-baru ini diharap mampu menjadi suntikan semangat buat penyerang muda Kuala Lumpur City itu untuk terus menyerlahkan bakatnya.

Dengan kualiti dan fizikalnya yang agak tegap berbanding pemain muda lain, Haqimi berhak untuk dilabel sebagai penyerang masa depan buat skuad Harimau Malaya.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali merasakan penghijrahan Romel Morales ke Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memberikan rahmat buat Haqimi untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan.

“Haqimi ada potensi dan fizikalnya juga cukup baik. Saya harap dia ada keyakinan selepas dia jaringkan gol (di Piala Asia B-23) dan cuba mendapatkan peluang untuk bermain.

“Dia perlu ada kesedaran yang dia perlu bermain setiap masa dan jangan terbuai dengan keselesaan. Pastinya kita mahu lihat dia akan terus tunjukkan kemampuan diri dia yang sebenar.

“Peluang untuk dia bermain memang ada, malah pendedahan dia terima juga agak baik. Jadi sekarang dia kena ambil peluang yang dia dapat,” katanya.

Ketika menjaringkan gol tunggal skuad B-23 negara sebelum ini, Haqimi berjaya melakukan sentuhan pertama dengan cukup baik dan menunjukkan kematangan dalam situasi satu lawan satu untuk memperdayakan pertahanan Kuwait sebelum melepaskan percubaan ke arah gawang lawan.

Pada saingan Liga Malaysia (Liga M) kali ini, skuad The City Boys akan menerima kunjungan Kuching City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Ahad ini.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... pan-harimau-malaya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.056375 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list