CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

[Melaka] Suami isteri didakwa terima deposit tanpa lesen di Melaka

[Copy link]
Post time 6-5-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Pasangan suami isteri, Suchart Ee @ Quah (tunduk tengah) dan isterinya, Kamontip Chu @ Chim (belakang berbaju putih) diiringi polis dan peguamnya di Mahkamah Seysen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Bekas pengarah syarikat pelaburan dan isterinya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima deposit lebih RM68,000, empat tahun lalu.

Suchart Ee @ Quah, 58, dan Kamontip Chu @ Chim, 50, membuat pengakuan itu sejurus dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan mereka yang berasal dari Arau, Perlis dituduh bersama suspek yang masih bebas menerima deposit daripada Jamaluddin Jaafar, 57, berjumlah RM68,385 tanpa lesen sah mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Syarikat Giganation Gib Berhad beralamat di Jalan BBP 1, Taman Bukit Beruang Permai pada 22 Januari 2020.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 137 (1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta sama dan dibacakan bersekali Seksyen 34 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam S Daniel bagaimanapun memohon jaminan rendah dengan alasan tertuduh menjaga ibu yang lumpuh dan tiga anak yang tidak bekerja.

Katanya, anak guamnya kini tidak bekerja dan menggunakan wang simpanan untuk membayar ikat jamin serta sudah memulangkan semula separuh wang kepada pengadu kes.

Peguam juga menyatakan tertuduh berdepan tujuh pertuduhan berkaitan seksyen sama di Mahkamah Sesyen Butterworth dan Sungai Petai, Kedah sebelum ini dan sudah membayar jaminan berjumlah RM65,000.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua tertuduh dan menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Kedua-dua tertuduh juga dikenakan syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali bulan sehingga kes selesai dan tidak boleh mengganggu saksi.
https://www.bharian.com.my/berit ... npa-lesen-di-melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 1.032825 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list