CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6216|Reply: 0

Van Dijk mahu kekal bersama Liverpool

[Copy link]
Post time 7-5-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode

Van Dijk gembira bersama Liverpool. Foto: Agensi

LONDON: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk gembira berada dalam kelab Liga Perdana Inggeris dan mahu menjadi sebahagian daripada proses peralihan apabila pengurus Juergen Klopp meninggalkan kelab nanti.

Kontrak pemain berusia 32 tahun itu berakhir pada penghujung musim 2024-25 ini dengan media British melaporkan yang pemain kebangsaan Belanda itu berada dalam radar kelab di saingan Bundesliga, Borussia Dortmund.

Selepas Klopp mengumumkan pendirian untuk meninggalkan Anfield pada Januari, Van Dijk berkata dia belum pasti mengenai masa depannya tetapi pertahanan itu sudah mempunyai jawapan untuk kekal di kelab berkenaan yang dijangka menamakan Arne Slot sebagai pengendali seterusnya.

"Fokus sekarang ini adalah pada dua baki perlawanan dan kemudian kelab akan memberi tumpuan kepada siapakah pengurus baharu, pastinya akan ada satu peralihan besar dan saya sebahagian daripadanya," kata Van Dijk.


"Tiada apa-apa untuk saya katakan (mengenai masa depannya) kerana tidak ada khabar berita. Seperti saya katakan, saya sangat gembira berada di sini, saya menyukai kelab dan kamu juga boleh melihatnya. Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya juga.

"Akan berlaku banyak perubahan dan saya tidak akan menggunakan perkataan menakutkan sebagai kata yang tepat tetapi ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk dilihat. Jadi kita lihat nanti."

Liverpool, yang kini berada di kedudukan ketiga dengan 78 mata daripada 36 perlawanan dijadual berkunjung ke Aston Villa pada minggu depan sebelum melayan Wolverhampton Wanderers pada 19 Mei ini. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-bersama-liverpool
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.075719 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list