CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6548|Reply: 0

[Johor] Polis Johor rampas stok mercun, bunga api lebih RM800,000 untuk sambutan Aidiladha

[Copy link]
Post time 7-5-2024 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar menunjukkan barang rampasan berkaitan serbuan sebuah premis bunga api dan mercun tidak berlesen dalam OP Taring Landai selepas sidang media di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Tampoi. - Foto NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU: Sindiket penyeludupan mercun dan bunga api yang menyimpan stok untuk sambutan Aidiladha berputih mata selepas gudang di Taman Scientex, Senai diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, serbuan Op Taring Landai hasil daripada risikan Unit Risik Marin (URM), merampas sejumlah mercun dan bunga api bernilai RM854,000.

Katanya, premis yang terletak dalam kawasan perindustrian berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan didapati menjadi tempat menyimpan pelbagai jenis barang larangan itu.

"Bagi mengaburi mata masyarakat dan pihak berkuasa, gudang turut menyimpan barang lain antaranya alat ganti kenderaan.

"Namun pemeriksaan ke atas kontena di luar premis menjumpai mercun dan bunga api ini dipercayai stok hingga Aidiladha dalam 427 kotak, antaranya mercun jenis Happy Boom dan Pop Pop bernilai keseluruhan RM854,000," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Tampoi, di sini, hari ini yang turut dihadiri Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.

Kumar berkata, siasatan awal mendapati sindiket baru beroperasi dengan menjadikan premis di kawasan itu sebagai stor utama sejak sebulan lalu.

"Seorang penjaga premis berusia 47 tahun ditahan dan sudah direman selama empat hari hingga Khamis bagi membantu siasatan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
https://www.bharian.com.my/berit ... 0000-untuk-sambutan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.049817 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list