CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6227|Reply: 0

[Pahang] Tukang rumah cedera terkena batang besi sepanjang 0.75 meter

[Copy link]
Post time 9-5-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode

Batang besi sepanjang 0.75 meter terkena lengan dan rusuk kiri mangsa. - Foto ihsan pembaca

KUANTAN: Berpantang maut sebelum ajal. Seorang tukang rumah mengalami kecederaan pada lengan dan rusuk kiri akibat tertusuk batang besi dipercayai terjatuh daripada sebuah lori di Jalan Pantai Sepat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata akibat kejadian itu, mangsa, Jamaluddin Amin, 45 menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, berdasarkan laporan, batang besi sepanjang 0.75 meter itu terjatuh dan melayang sebelum menembusi cermin depan kereta yang dipandu mangsa, terkena lengan dan rusuk kiri pada jam 3.30 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Penor menghala ke arah Tanjung Lumpur, di sini.


"Setibanya di tempat kejadian, sebatang besi dipercayai jatuh daripada sebuah lori dari arah bertentangan terkena cermin depan sebelum menembusi cermin depan kereta dan terkena lengan dan rusuk kiri mangsa.

"Mangsa dibawa ke HTAA di sini untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana cuai hingga mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.

Katanya, usaha mengesan pemandu serta lori terbabit masih dijalankan dan berdasarkan maklumat awal, lori terbabit dipercayai berwarna hijau.

"Lori berkenaan jenis `roro' yang membawa sisa bahan binaan tetapi nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan.

"Kita juga mengesan saksi awam untuk membantu siasatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... sepanjang-075-meter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.866723 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list