CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2696|Reply: 0

Norhakim ganti Akhyar aksi TFC Sabtu ini

[Copy link]
Post time 9-5-2024 01:51 PM | Show all posts |Read mode

Norhakim Hassan (kiri) giat berlatih menjelang aksi Liga Super menentang Perak FC di Kuala Terengganu Sabtu ini. – Foto Terengganu FC

KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner sudah ada bayangan pemain yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan Akhyar Rashid.

Jelas Steinbruckner, beliau mempunyai beberapa calon bagi memastikan aksi pertama Liga Super berdepan Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini memihak skuad Penyu.

"Saya sudah ada perancangan siapa yang akan mengambil posisi Akhyar pada aksi sulung Sabtu ini, salah seorang daripadanya adalah Norhakim Hassan.

"Namun saya masih menilai beberapa pemain lain yang dilihat mampu memikul tugasan yang bakal diberikan itu kerana misi kita adalah tiga mata apatah lagi beraksi di tempat sendiri.



"Jadi pemain yang akan disenaraikan nanti diharap tidak menghampakan pasukan dan peminat, mereka perlu memperagakan aksi terbaik dalam aksi pertama itu," ujar jurulatih yang mesra disapa 'Tommy' itu ketika dihubungi.

Terdahulu Akhyar yang dipukul dan disamun berdekatan kondominium kediamannya dekat bandar Kuala Terengganu pada Khamis lalu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan di kepala dan kaki hingga terpaksa menerima enam jahitan.

Dalam pada itu, Steinbruckner memaklumkan mental dan fizikal anak buahnya berada dalam keadaan baik biarpun terkejut dengan insiden yang berlaku terhadap pemain sayap itu.

"Ketika ini fizikal dan mental pemain pada tahap yang baik biarpun terusik dengan kejadian yang menimpa rakan sepasukan mereka.

"Ini kerana pemain sedar kepentingan perlawanan pembukaan itu bagi memastikan mereka dapat bermula dengan aksi positif dalam saingan liga musim ini."
https://www.bharian.com.my/sukan ... -aksi-tfc-sabtu-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.095750 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list