View: 4254|Reply: 10
|
Cher pilih anak ikan sebab lelaki sebaya semuanya sudah ‘pergi’
[Copy link]
|
|
Cher dan Alexander bahagia selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.
HUBUNGAN penyanyi Cher bersama rapper Alexander Edwards sentiasa menjadi perhatian susulan perbezaan usia 40 tahun di antara mereka.
Ramai turut mempersoalkan selera Cher, 78, terhadap lelaki muda dan merasakan penyanyi lagu Believe itu sepatutnya mencari pasangan sebaya dengannya.
Cher memberitahu dia bukannya tidak mahu mencari pasangan sebaya dengannya namun kebanyakan lelaki seusianya sudah meninggal dunia.
Lelaki yang masih hidup kebanyakkannya masih hidup dan itu sahaja pilihan yang ada untuknya.
Cher bahagia dengan pasangan yang 40 tahun lebih muda dari dirinya.
"Saya dapat lelaki muda sebab lelaki sebaya saya atau lebih tua semuanya sudah mati.
"Sebelum ini pun saya tak pernah bercinta dengan lelaki seusia sebab mereka takut mendekati saya. Hanya 'anak ikan' yang menerima saya seadanya," katanya.
Cher berkongsi perkara itu ketika ditemu bual semasa penampilan di The Jennifer Hudson Show.
Jennifer turut memuji Alexander kerana berani mendekati Cher dan bercinta dengannya dan penyanyi itu bersetuju dengannya.
Kata Cher, keberanian lelaki seperti Alexander adalah disebabkan kekasihya itu dibesarkan oleh wanita tegas sepertinya.
"Ya, dia dibesarkan oleh wanita seperti saya," kongsinya.
Cher dan Alexander, 38, mula menjalinkan hubungan pada 2022 selepas bertemu ketika sama-sama hadir ke Minggu Fesyen Paris.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... semuanya-sudah-mati |
|
|
|
|
|
|
|
Make sense reason dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau laki sebaya dia masih hidup sekalipun, mesti pilih gegurl muda gak. Kecuali Keanu Reeves. |
|
|
|
|
|
|
|
"Lelaki yang masih hidup kebanyakkannya masih hidup"
acaner tu ya? sis tak faham... |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni dah tua pun fit lagi. Apa la sheols exercise hari2. |
|
|
|
|
|
|
|
She’s 78???? For me her physical looks great utk org yg umor 78!!! |
|
|
|
|
|
|
|
reasonable alasan dia. logic dan practical |
|
|
|
|
|
|
|
orangbiasaje replied at 10-5-2024 02:09 AM
"Lelaki yang masih hidup kebanyakkannya masih hidup"
acaner tu ya? sis tak faham...
Dah mati pucuk kot... Gan anak ikan muda2 x de mslh mati pucuk agaknye..lgpun baca kalo sama2 tua ni ego melangit.. kalo gan org muda ni, biasa org muda mengalah..ye la kalo ketegak Kang kn kick pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 22-5-2024 11:46 PM
Dah mati pucuk kot... Gan anak ikan muda2 x de mslh mati pucuk agaknye..lgpun baca kalo sama2 tua ...
oh...maksud hidup sini, "hidup" lain eh. sbb awal2 baca igtkan salah tulis. yelah, kalau hidup, hiduplah, takkan yang hidup, ada yang mati (nyawa). |
|
|
|
|
|
|
|
orangbiasaje replied at 23-5-2024 10:38 PM
oh...maksud hidup sini, "hidup" lain eh. sbb awal2 baca igtkan salah tulis. yelah, kalau hidup, hi ...
Iolss anggap mcm tu sbb Cher tu dah 78kan..x kan la lelaki umur 78 x mati pucuk lg .dah tua renta kot..hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|