CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 0

[Jenayah] NRES cadang Forum Perhutanan PBB diperkasa kepada kerangka lebih formal

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. FOTO NSTP





KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mencadangkan Forum Perhutanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFF) diperkasakan daripada suatu instrumen bersifat sukarela dan tidak mengikat kepada kerangka lebih formal berbentuk konvensyen.

Menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata cadangan itu mampu mengukuhkan komitmen sesebuah negara dalam pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan secara berkekalan.

"UNFF adalah satu forum bagi membincangkan pembangunan dasar, khususnya pelaksanaan pengurusan hutan secara berkekalan (PHSB) dan dialog berterusan di antara kerajaan dan organisasi antarabangsa serta lain-lain pertubuhan berkepentingan mengenai perhutanan.

"Mesyuarat UNFF diadakan setiap tahun dan Malaysia mengikuti setiap sesi forum secara aktif," katanya dalam satu kenyataan.

Nik Nazmi berkata beliau mengetuai delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai kanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, jabatan dan agensi termasuk dari Sabah dan Sarawak ke Sesi ke-19 UNFF yang bermula 6 hingga 10 Mei di New York, Amerika Syarikat.

"Sesi UNFF19 kali ini memfokuskan kepada perkara dasar pengurusan perhutanan yang dibahagikan kepada dua sesi.

"Sesi pertama adalah sesi peringkat pegawai kanan dari 6 hingga 8 Mei dan 10 Mei manakala sesi kedua adalah sesi peringkat tertinggi (HLS) pada 9 Mei yang membabitkan penyertaan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

"Ketika sesi sidang meja bulat sempena HLS, saya menyatakan Malaysia sentiasa komited untuk mengekalkan 50 peratus liputan kawasan berhutan berbanding dengan keluasan tanah di Malaysia selaras dengan komitmen negara pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazilpada 1992," katanya.

Beliau berkata Malaysia mempunyai 54.58 peratus atau 18.05 juta hektar kawasan berhutan dan litupan pokok.

"Saya telah menjelaskan mengenai pentingnya bantuan kewangan antarabangsa membabitkan institusi kewangan global seperti Global Environment Facility (GEF) kepada negara anggota UNFF melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti khususnya negara membangun bagi membantu negara berkenaan melaksanakan inisiatif PHSB untuk memelihara dan memulihara khazanah hutan yang amat berharga.

"Malaysia turut menekankan sebagai sebuah negara membangun, pembangunan ekonomi negara dilaksanakan berdasarkan prinsip Common but Differentiated Responsibilities and Respective Capabilities (CBDR-RC).

"Berdasarkan komitmen yang dibuat melalui Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala, Malaysia akan sentiasa memainkan peranan penting bagi memastikan sumber alam semula jadi dipelihara dan dikekalkan untuk generasi akan datang," katanya.

Nik Nazmi dalam kenyataan berkata, dokumen HLS Declaration dan Omnibus Resolution telah diterima pakai pada akhir sesi UNFF19.

"Malaysia juga telah memaklumkan mengenai protokol Forest Conservation Certificate (FCC), iaitu sebuah instrument bukan berasaskan pasaran di bawah Kerangka Kewangan REDD PLUS yang telah dimuktamadkan.

"Saya percaya bahawa pendekatan strategik yang diambil oleh Malaysia semasa sesi UNFF19 telah dapat mengetengahkan kepentingan sektor perhutanan kepada pembangunan sosioekonomi, konservasi biodiversiti dan kestabilan alam sekitar," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053148 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list