CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 0

[Jenayah] Awasi penggunaan AI dalam penghasilan berita - PWP

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode
  Foto fail AFP





KANGAR: Persatuan Wartawan Perlis (PWP) menyarankan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan berita perlu diawasi demi meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan integriti maklumat disampaikan kepada masyarakat.

Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar, berkata inisiatif pengawasan itu penting untuk memastikan AI digunakan dalam penghasilan berita mengikut garis panduan etika kewartawanan siber yang ketat.

"Ketelusan dan akauntabiliti merupakan aspek penting dalam penggunaan teknologi AI untuk menghasilkan berita berkualiti dan memenuhi standard profesionalisme dalam industri media.

"Dalam konteks Malaysia, penerapan etika kewartawanan siber dalam kalangan pelajar adalah penting contohnya sekarang banyak aplikasi yang boleh menulis seperti ChatGPT, Smodin dan lain-lain" katanya kepada Bernama.

Cadangan PWP itu bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini dengan mengangkat tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan'.

Syed Azlan berkata kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan media, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperkukuhkan pengawasan dan penerapan etika kewartawanan siber yang mapan.

"Langkah-langkah proaktif dan kerjasama kukuh diharap dapat memastikan perkembangan teknologi AI dalam penghasilan berita memberikan manfaat kepada masyarakat Malaysia serta nilai-nilai etika kewartawanan siber terpelihara dalam persekitaran media yang semakin canggih," katanya.

Sementara itu, beliau berkata PWP merancang melaksanakan program pendidikan dan latihan berkaitan etika kewartawanan untuk pelajar sekolah di Perlis sebagai usaha memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai etika kewartawanan siber pada era serba canggih ini.

"Pihak PWP ada perancangan untuk beri pendedahan tentang etika kewartawanan ini kepada pelajar sekolah yang melibatkan kerjasama antara institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah-sekolah di Perlis dan diharapkan dapat menyampaikan nilai etika kewartawanan siber secara efektif kepada pelajar," katanya.

Syed Azlan berkata PWP berpandangan bahawa penerapan etika kewartawanan siber dalam kalangan pelajar berupaya memberikan impak positif untuk melatih penggunaan teknologi AI termasuk penghasilan berita.

Kemuncak sambutan HAWANA 2024 bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei.

Pelbagai program dirangka bersempena dengan HAWANA 2024 antaranya Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan 'Evolusi Media dalam Era Digital'.

Turut diadakan program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur, Selatan serta zon Tengah dengan pelancarannya dijadualkan pada 24 Mei oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadil.

HAWANA 2024 adalah perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dan dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi pelaksana acara tahunan itu.

Penganjuran tahun ini ialah edisi keempat selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, dan sambutan berikutnya di Melaka (2022) dan Perak (2023).

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium bagi membentuk minda masyarakat bermaklumat dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz sah bercerai
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz sah berce
Views : 7830 Replies : 132
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 213625 Replies : 5177
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 2066 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74834 Replies : 3019
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8069 Replies : 65
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30651 Replies : 193
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
prettygoodIsyarat baharu MH370 dikesan di Australi
Views : 3490 Replies : 14
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 14218 Replies : 223
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 12766 Replies : 50
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7975 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057118 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list