CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2206|Reply: 0

[Tempatan] PRK KKB: Kembar OKU tunai tanggungjawab pilih pemimpin

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Pengundi kembar OKU, Muhammad Nazri Mohd Mazlan (kiri) dan Muhammad Nazmi, 25, selesai mengundi di SK Bandar Baru Batang Kali sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB). - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi





KUALA KUBU BHARU: Keterujaan mengundi mendorong pasangan kembar orang kurang upaya (OKU) melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Muhammad Nazmi Mohd Mazlan dan Muhammad Nazri, 25, yang mengalami masalah pembelajaran mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Batang Kali di sini, seawal jam 8 pagi tadi.

Dua beradik dari Taman Seri Batang Kali di sini mengakui tetap bersemangat memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan biarpun pernah melalui pengalaman sama sebelum ini.

"Ini bukan pengalaman pertama (mengundi) kerana sebelum ini pernah mengundi.

"Kami mahu tunaikan kewajipan sebagai rakyat tempatan. Kami pilih keluar awal (pagi) sebab tak mahu beratur panjang," katanya ketika ditemui pemberita.

Sebanyak 18 pusat pengundian, membabitkan 74 saluran mengundi dibuka serentak bermula jam 8 pagi dan ditutup masing-masing pada jam 2 dan 6 petang.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini, menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Sebelum ini, SPR dilapor memaklumkan seramai 760 petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK DUN Kuala Kubu Bharu, manakala 18 pusat mengundi biasa, membabitkan 74 tempat mengundi atau saluran dan dua pusat mengundi awal (tiga tempat mengundi atau saluran awal) akan digunakan.

Selain itu, Daftar Pemilih Pilihan Raya akan digunakan untuk PRK DUN Kuala Kubu Bharu adalah daftar pemilih terkini hingga Daftar Pemilih Tambahan Februari 2024 yang dikemas kini sehingga 25 Mac lalu.

Ia membabitkan 40,226 orang pemilih, masing-masing 39,362 pengundi biasa, manakala tentera dan pasangan (238), polis (625) dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052462 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list