View: 9481|Reply: 1
|
Ryu Jun Yeol tak kuasa pertahan diri isu curang
[Copy link]
|
|
Jun Yeol pilih mendiamkan diri ulas isu curang terhadap Hyeri.
PELAKON Ryu Jun Yeol lebih selesa mengambil pendekatan berdiam daripada memberi komen tentang hubungan cintanya bersama aktres Han So Hee yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Bagi Jun Yeol, 38, sebarang kenyataan dikeluarkan ketika isu tersebut panas mungkin boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat.
Disebabkan itu, dia memilih untuk mendiamkan diri daripada bercakap mengenainya dan bukan kerana dia pengecut atau mahu melarikan diri daripada masalah.
Percintaan Jun Yeol dan So Hee tidak bertahan lama.
Pelakon ini juga terbuka menerima segala kritikan termasuk dakwaan kononnya dia bermain kayu tiga dengan bekas kekasihnya, Hyeri.
"Saya rasa lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan untuk betulkan salah faham yang berlaku di media sosial.
"Saya menerima semua kritikan yang diberikan," katanya.
Jun Yeol mengulas mengenai perkara tersebut buat pertama kali ketika tampil dalam sidang media drama lakonan terbaharunya iaitu The 8 Show yang diadakan di Seoul, Korea Selatan pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Jun Yeol memberitahu dia akan menjelaskan segala persoalan tentang kisah peribadinya dalam satu sidang media khas nanti.
"Berkaitan isu peribadi, akan ada masa untuk saya jawab dalam satu sesi temu bual," jelasnya.
Jun Yeol akan menjelaskan isu berkaitan peribadi dalam satu sidang media khas.
Kisah Jun Yeol dan So Hee menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat bercuti bersama di Hawaii.
So Hee pula dikatakan menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan hubungan Jun Yeol dan Hyeri selama tujuh tahun terputus.
Bagaimanapun percintaan Jun Yeol dan So Hee juga tidak bertahan lama dan pihak pengurusan mendedahkan mereka berpisah kerana tidak tahan dengan kecaman netizen.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... ukan-sebab-pengecut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Disondol dan ditinggalkan. sedih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|