CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 1

[Selangor] Padah ubah suai ekzos, 16 motosikal disita

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA motosikal yang disita selepas didapati melakukan pengubahsuaian keterlaluan dalam Op Penguatkuasaan BSPT Ampang Jaya di sekitar Jalan Ampang dan Tasek Tambahan, awal pagi ini. FOTO ihsan polis

Ampang: Sebanyak 16 motosikal disita selepas didapati membuat pengubahsuaian selain penunggang tiada lesen memandu serta cukai jalan yang sah dalam Op Penguatkuasaan, awal pagi ini.

Operasi bermula kira-kira 1 pagi dijalankan di sekitar Jalan Ampang dan Tasek Tambahan, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seramai 15 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, terbabit operasi itu.

Menurutnya, pemeriksaan dan penahanan secara rambang dilakukan dengan memfokuskan kepada kenderaan melakukan pengubahsuaian keterlaluan pada bahagian tertentu dan penunggang yang berpotensi melakukan aksi berbahaya.


"Seramai 32 individu diperiksa bersama 27 kenderaan dan hasil pemeriksaan itu, 66 saman dikeluarkan atas kesalahan lazim seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, mengubah suai ekzos serta kesalahan lain.

"Sebanyak 16 motosikal disita kerana kesalahan pengubahsuaian ekzos dan penunggang tiada lesen memandu sah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua motosikal disita dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 16-motosikal-disita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 11:23 AM | Show all posts
kesian, harap loan dah habis moto tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054440 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list