CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4810|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pusat Arkeologi Guar Kepah dijangka dibuka tahun ini

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Pusat Arkeologi Guar Kepah dijangka dibuka tahun ini

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

14 Mei 2024 02:18pm








Pusat ini dijangka siap akhir suku kedua dan dibuka kepada umum pada akhir tahun 2024.




KEPALA BATAS - Pusat Arkeologi Guar Kepah di sini, di jangka akan dibuka kepada umum pada akhir tahun ini dan akan menjadi salah satu tarikan utama dalam laluan pelancongan yang baharu di kawasan utara.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, kerja-kerja fizikal pusat arkeologi berkenaan yang telah dimulakan pada 14 November 2022 lalu kini telah mencapai kemajuan 98 peratus.



Menurutnya, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) mewakili Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Warisan Negara, MOTAC dan Kementerian Luar Negari (KLN) sedang dalam usaha bagi membawa pulang pecahan rangka manusia Guar Kepah yang mewakili 41 individu yang kini tersimpan rapi di Collection Centre Netherlands (CCNL).

"Pihak Kerajaan Belanda melalui Kementerian Pendidikan, Budaya dan Sains Belanda telah bersetuju untuk memulangkan rangka-rangka tersebut kepada Kerajaan Malaysia dengan mengambil kira kepentingan objek warisan tersebut kepada Malaysia khususnya Pulau Pinang.





Hon Wai (empat dari kiri) ketika meninjau kerja-kerja pembinaan Pusat Arkeologi Guar Kepah.




"Pusat ini dijangka siap akhir suku kedua dan dibuka kepada umum pada akhir tahun 2024 dengan mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah,"katanya pada sidang akhbar selepas membuat lawatan tapak di Pusat Arkeologi Guar Kepah di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif,Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan.

Hon Wan berkata, Pembinaan Pusat Arkeologi Guar Kepah adalah bertujuan untuk mempamerkan kesemua artifak dan rangka Guar Kepah serta memartabatkan warisan sejarah darah SPU Pulau Pinang.




Menurutnya, pembangunan Pusat Arkeologi Guar Kepah dua tingkat dengan konsep archaeo-edu-tourism ini merangkumi komponen-komponen seperti ruang pameran interaktif, dewan seminar, tapak timbunan cengkerang, ruang pentadbiran serta kemudahan pengunjung seperti surau dan tandas.

"Komponen pembangunan ini turut memuatkan kafe dan kiosk cenderamata dengan mengambil kira aspek sosio-ekonomi setempat.

"Bagi memastikan galeri ini turut menjadi pusat penyelidikan dan pemuliharaan rangka serta artifak arkeologi, satu ruang makmal penyelidikan serta ruang simpanan artifak dan rangka turut disediakan," katanya lagi.

Jumpaan yang paling signifikan di tapak arkeologi Guar Kepah ini ialah rangka manusia Guar Kepah yang dikenali sebagai Penang Women (GK2017) pada 2017 berusia lebih daripada 5,000 tahun yang akan menjadi bahan pameran utama di pusat ini.


Selain itu, sebanyak 42 rangka manusia ditemui di Guar Kepah yang dijumpai semasa ekskavasi P.V van Stein Callenfels (1936) yang kini disimpan di Leiden, Belanda akan dibawa pulang dan akan dipamerkan di pusat arkeologi ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.075080 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list