CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8853|Reply: 13

Dikacau 'something' dekat tempat baru [kisah benar]

[Copy link]
Post time 15-5-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Ceritanya bermula pada 2018, family aku beli tanah untuk buat rumah kitorang tinggal. Tempat tu ada beberapa rumah je, tak silap baru ada 3 rumah berpenghuni. Time tu aku dgn adik aku msih sekolah. Total tanah kat sana memang luas, antara tanah kitorg dgn rumah org lain jauh2 gak lah. sekeling tanah lapang tu, hutan. Hutannya tebal jugak. Selalu jugak pergi kitorg family jenguk tempat tu time cuti sekolah, tapi ayah aku lah yg paling selalu pergi sana. Ayah aku jenis rajin kerja, nak2 lagi tempat tu dh jadi tempat dia, so selalu lah dia bersihkan semak samun sekeliling semua. Selalu jugak ayah aku cuba teroka kawasan tu sikit2.
Tenang je tempat tu sbb tak bising pastu mcm sgt2 best lah nature. Lepas beberapa lama, kitorg pun bina pondok dulu, tapi pondok tu ada lah pintu, tingkap, pondok kayu je... fuh lagi semangat ayah aku nak ulang alik pergi tanah tu walaupun 30 minit jauhnya dari rumah kitorang. Sejak dari tu, ayah aku pun bertambah tambah rajin. FYI, pondok tu betul2 tepi hutan, dalam 5 langkah je jarak.

Hari2 ayah aku bersihkan kawasan tu, termasuklah tebang2 pokok/semak samun kat kawasan kitorg tu. Setelah beberapa bulan, ayah aku lebih advance ya hahaha. katanya nak tidur kat pondok tu. Untuk pengetahuan, pondok tu tkde elektrik, jadi, takde kipas tkde lampu lah. Kalau malam2 kitorg ada kat sana, kitorg pakai lilin je. Beberapa hari, jugak ayah aku cuba tidur sana.

Pada satu hari, tak ingat pukul berapa, tapi atas pukul 8. Ayah aku tengah tidur2 ayam, lalu terjaga sebab pintu tiba2 terbukak sendiri. bukak sikit je. Padahal pintu tu klau nak bukak kena pulas dulu baru boleh bukak. Ayah aku pun terfikir sejenak, tapi lepastu dia pun bangun ambil kunci, terus cau sebab dah takut hahaha. Ayah aku jenis berani ya, memang tak takut langsung dengan benda2 mistik ni, kalau tak mcm mana dia boleh berani ulang alik siap tidur sana dgn gelap gelita kan. Tapi kalini ayah aku memang dah rasa pelik tu dia lari tu hahaha. Ayah aku cepat2 amik kunci kereta, cau pergi kedai mamak. tiba2 dompet pulak tertinggal hihihi. Ok sambung part 2 nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2024 03:18 PM | Show all posts
Edited by intan_smsb at 16-5-2024 09:03 AM

[PART 2]  

Setelah berbulan2, ayah aku pun jatuh sakit, ayah aku memang ada gout, mula2 memang lah gout, tapi patutnya gout tu reda dah lah, tapi kalini lain mcm dia punya sakit tu. Ayah aku dah susah nak berdiri, sakit kaki, bnyk kali kitorg husnuzon, sakit2 orang tua kan.. Macam2 dah buat, pergi terapi, pergi hospital, klinik masih sama. Kadang2 sampai ayah aku tkleh berdiri langsung, so kitorg adik beradik yang tolong papah. Rumah dekat tempat baru tu, mestilah dah lama sgt tak pergi sejak ayah aku sakit.
Akhir sekali, kitorg pun jumpa ustaz, dan ternyata memang ada benda yang ganggu. Lepas berubat sekali, elok dah ayah aku, tak sakit. Tapi benda ni kena konsisten berubat, baru dia betul2 pergi. Amal ibadah pun mestilah jadi tonggak utama. Tapi ayah aku cam malas nak fikir, dah sihat, so takyah dah berubat lagi. Tapi lepastu ayah aku sakit balik.

Ok sambung kisah seram, yang ni aku curi2 dengar je sebab parents aku mcm tk nak bagi aku dgr perbualan benda2 ni, aku rasa sebab dorg risau nanti aku ngan adik takut ahhaha aku tak takut pun, aku suka dengar!

Masa ayah aku sakit, ayah aku tidur kat ruang tamu sebab senang nak urus blablabla. Masa sakit ni susah nak tidur malam ya, kalau org kena gangguan memang dorang akan ada masalah ni, kadang2 sampai ke pagi tak tidur. Malam tu, ayah aku tkleh tidur, dia tengok sekeliling jela cuba untuk tidur. Lepastu dia tengok kat pintu, 'something' tengah berdiri kat pintu! Benda tu tgk je ayah aku.. Aku tktau rupanya cane, sebab ayah aku tak cerita, orang lain pun tk tnya. aku si pencuri dengar ni, diam jela buat2 taktau.hm kalau cite mesti orang tak caye, tapi ni memang betul ya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2024 03:48 PM | Show all posts
*taktau mcm mana nak buat thread ni visible/untuk sambungan Part to Part mcm twitter, maklumlah newbie. Harap betul.

[PART 3]

Setelah lamanya, kitorang pun robohkan pondok tu dan buat rumah baru yang betul. tahun 2020, siaplah rumah kitorang dalam 15%, rangka batu bata, pintu & tingkap(sementara), elektrik (pukul 6-8ptg takde elektrik sebab ni elektrik pinjam je), air (amik kat perigi), Toilet ada, tapi belakang rumah. btw toilet sumpah seram gila kalau nk buang air malam2, sebab dah lah hutan, haiwan2 berbunyi, jiran pulak jauh, memang mintak kena teman

Keadaan ayah aku masih on off, kejap sakit, kejap sihat, kalau berubat sihatlah, tpi sebab tk konsisten pergi tak pergi tu yang dia on off kesihatanya. Ayah aku masih tak percaya ya benda2 mistik ni, maksud nya dia percaya benda ni wujud cuma dia rasa karut untuk benda ni kacau dia.

Tahun pkp 2020 kitorang parents and adik aku tinggal sana, lama jugak lah tpi tk ingt brp lama. Ayah aku pulak, dia dah decide memang nk tinggal kat rumah tu, and kerja kat area rumah kitorg tu. Jadi, rumah baru tu ayah aku je yg duduk sana, kitorg semua tinggal kat rumah sebenar. Ayah aku kerja pagi, pukul 4 pagi dah keluar pergi kerja, balik dalam pukul 10, kerja lori bawak barang. Sumpah berani gila, kawasan ni lillahi memang hutan belaka. Out of topic untuk tajuk thread ni, ni aku curi2 dengar, ayah aku pernah terlanggar pocong masa bawak lori tengah malam buta, ayah aku pemandu, and ada collegue dia kat sebelah jugak. Berdentum lori tu, dorang buat taktau jela, memang taklah dorang nak pergi pantau

Setakat ni, aku, adik dgn mak aku tkde pulak kena kacau, mimpi pelik2 pun tak pernah setakat yang aku tau.

Ok jap sambung, kitorg pun decide (sebelum kitorg tinggal sana utk pkp) bawak ustaz, suruh pagar rumah.

sambung part 4, panjang sangat nak cite

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2024 04:17 PM | Show all posts
[PART 4]

Yang ni sumpah seram gila antara semua, bagi aku lah.

November/Disember 2034, ayah ayah aku masuk hospital(sabar, ada sebab nape aku mention ya)
Masuk hospital sebab darah tinggi, know2 masuk zon merah sebab tak sedarkan diri.
Ada haritu mak aku pergi rumah kakak sepupu aku, dorang borak2 pasal keadaan ayah aku. Aku mcm biasalah curi2 dengar. Aku terdengar, mak aku cerita.

Dulu pernah satu hari tu, kat rumah baru, taktau tahun bila sebab mak aku tak mention. Time dah nak menjelang maghrib, ayah aku sembelih ayam kat bilik air. Toilet yang aku kata belakang rumah tu. Ayam kalau sembelih kan bising, menjeri jerit, & cuba nak terbang untuk lari. Dah sembelih, basuh, lalu dia pun masak lah ayam tu. Solat belum lagi ni, tapi sibuk duduk dapur. Mak aku ada je kat bilik tengah solat zikir semua. Lepas ayam tu masak, tiba2 terdengar bunyi ayam jerit2 and bunyi mcm kepak ayam meracau dalam bilik air tu. Padahal ayam tu kan dah sembelih tadi, dah siap masak pun! Seram gila weh hahaha


Ok ni cerita psal kat hospital pulak, lepas masuk zon merah, bertukar ke zon kuning, dan akhirnya masuk ke wad biasa. Orang, sedara mara semua boleh jenguk. Ayah aku time ni, memang takde enegry langsung, dia masih ingat, boleh bercakap cuma suara bercakap tk jelas untuk didengari. Pada hari ini, ayah aku dah duduk dalam wad biasa lebih kurang 3-5 hari. Aku curi dengar lagi(kat rumah) abang sepupu aku cerita, ayah aku ada ckp kat dia, yang ada 'benda' dtg jenguk dia kat hospital. 'Benda' apa? syaitan/jin tu lah. Benda yang selama ni kacau ayah aku. Bukan sekor, tapi dia bawak dengan anak2 dia sekali. Ayah aku boleh nampak dorang datang. Masa ayah aku tengah cerita psal ni kat abg sepupu aku, ayah aku ckp "ha tu, tu, dia datang dah". Kadang2 dia datang sorang, kadang2 dia dtg ramai dengan anak2 dia. Ayah aku kata, dorang jenguk je, tak cakap apa2, dia tengok je ayah aku. Masa ayah aku kat hospital, selalu sangat mimpi ngeri dan pelik. Ayah aku mimpi pijak kaca, jin2 ni pun ada dalam mimpi dia, mimpi dalam semak dll. Aku risau nk cerita psal ni, tapi tkpela. Ayah aku ckp, dalam mimpi tu, jin tu mintak ayah aku jadi ketua dorang, aku tk tktau mcm mana nak explain, alah kiranya cam bela dorang KOT aku pun xfhm sgt apa yg ayah aku cuba sampaikan. Tapi, dalam mimpi tu, ayah aku tolak sekeras kerasnya, ayah aku taknak terlibat apa2 dengan dorang. Seram aku. Nak type pun takut huhuh.

Jadi itu jela setakat ni cerita pengalaman dikacau. dia seram bila orang tu sendiri cerita, aku harap korang fahamlah cerita aku, tkdela menarik sangat sebab ini kan kisah benar. kalau nak menarik kena tengok horror movie hahaha. btw masa ayah aku kat hospital, aku ada beberapa kali jenguk sendiri ayah aku, aku ada jugak lah tanya2 sikit pasal benda ni, tapi ayah aku tak nak jawab. Soalan lain "ok ke tak, dah makan ke belum" ayah aku jwb. tang soalan ni, ayah aku geleng2 je, dia kata "takde, takde pape, megarut jela" hm aku rasa ayah aku masih tak nak aku tau lah benda2 ni.. mungkin dia ingat aku masih kecil, tak nak aku takut.. kot..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2024 04:54 PM | Show all posts
[PART 5]

Aku pernah kena kacau tak setakat ni? hm rasanya tak pernah lagi kot. Tapi aku pernah berlaku suatu yang agak pelik dekat rumah tu, sekali. Time ni rumah dah betul2 siap ya, dah tahun 2023. Memang lengkap.

Masa tu, aku kat rumah tu, tinggal sana tak ingat untuk berapa lama. tpi dalam 1-2minggu kot. Aku beberapa hari mandi malam, aku suka mandi malam baru segar sikit hehe, malam tu dalam pukul 9 macam tu. Bilik aku menghadap hutan dan ada tingkap. Tingkap pulak ada langsir roller blind. Lepas aku dah siap2 mandi semua blabla so aku main phone, roller blind tu aku tak tutup, tapi tingkap memang aku wajib tutup setiap malam sebab hutan, seram, gelap gelita. Tapi, tingkap aku, time malam, orang luar boleh tgk org dalam, tapi orang dalam tkleh tgk luar. So aku sbgi orang dalam tk tkutlah kalau roller tu tak tutup sebab aku tak nampak.

Langsir roller tu dibiarkan begitu saja terbuka sehinggalah aku rasa nak tidur dalam pukul 11-12pm. 3 hari berturut turut aku buat camtu, mandi malam and tk tutup roller. Hari ke empat, aku buat benda sama. Dekat penjuru bilik aku, sebelah tingkap(bilik aku kecik je) ada plug untuk charge phone. Aku duduk sana main phone sambil charge. Roller blind terbuka, mcm biasa. tiba2 pukul 11, bau bangkai weh. Sumpah, tak tipu memang mcm bau bangkai tikus. Tapi aku buat bodoh, aku rasa tkde yang pelik, sebab normal lah, mungkin tikus mati ke cicak mati ke kat siling/luar bilik aku, sebab sini bnyk tikus hutan. Tapi pukul around pukul 2, tiba2 bau bangkai lesap memang tak bau langsung. Hari ke 5, siang, tkde dah bau, ha ni aku cam dah agak tertanya tanya. Cepat nya bau bangkai tu hilang. Oh ya, bau bangkai ni kat penjuru bilik tmpt yg aku charge tu je, bila aku pergi kat pintu tkde bau. Kiranya bau dia tu tk semerbak satu bilik lah, dia cuma kat penjuru je. Aku check sendiri kawasan rumah, and aku siap panjat tangga nak tgk siling kalau2 ada tikus mati, takde weh bangkai.. takde..

Malam nya tu, sama jugak dalam pukul 11, tiba2 ada balik bau bangkai. Hairan aku, aku check siling, check bilik aku, takde pape. Aku panggil mak aku untuk check jugak, mak aku kata memang bau bangkai, kitorang check luar rumah tkde bangkai langsung. Aku ckp kat mak aku, dah tu mana dtg bau bangkai ni? nape kat sini je bau? kat tmpt lain(dalam bilik) tk bau pun? Mak aku nak sedapkan hati, "tahlah biasa lah tu takde papelah". Pukul 2, bau tu hilang lagi. Aku dah tak boleh husnuzon dah ni. Aku kena buat something.

Hari seterusnya, aku cam biasa start pukul 9 dah ada kat penjuru, main phone sambil charge hihi, around pukul 11 je, SAMA, bau bangkai. Nak ckp aku khayal, tak ya, aku panggil lagi mak aku, mak aku pun bau bangkai tu. Start malam tu, aku bukak ayat kursi, yasin, al baqarah sepanjang malam, kali ni dia hilang pukul 12 lebih camtu. Hari seterusnya dah takde dah bau bangkai pukul 11. Tapi aku tetap bukak surah2 tapi pukul 1malam(sebab tadi tu nak pantau je). Hari seterusnya pun aku bukak lagi surah. Alhamdulillah, sampai sekarang takde dah. Aku insaf dah tak nak mandi malam, & main phone sambil roller blind terbukak.

Pengajaran kat thread ni, kita kalau kat tempat baru kena beradab, mcm ayah aku, dia tebang2 pokok, ckp bismillah je, ayat2 lazim yg lain tak baca. Seterusnya, dimana pun kita berada, sbnrnya pendinding amalan kita ni sgt penting, amal ibadah jgn tinggal, kena kukuhkan. Bukan sebab takut dgn makhluk jahat ni sahaja. pada akhirnya, Allah juga tempat memohon perlindungan. Allah tu lah segalanya dalam hidup kita. Apa yang berlaku semua dengan izin tuhan. Kerja jin dan syaitan memang untuk kacau manusia, bersumpah sehingga hari kiamat. Jadi, sentiasa berbalik lah kepada allah. Dia yang berkuasa, tak ada satu benda pun yang boleh halang tuhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 09:12 AM | Show all posts
nice

ade sambungan lagi tak?

boleh tahu lokasi rumah tu kat mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 09:17 AM | Show all posts
rumah tu ada banyak tahi cicak tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2024 11:27 AM | Show all posts
Edited by prettygood at 16-5-2024 11:52 AM
intan_smsb replied at 16-5-2024 09:17 AM
rumah tu ada banyak tahi cicak tak

yes banyak, cicak bnyk jugk. Ada seekor cicak kat bilik iols, cicak tu betul2 takleh lari tanpa pengawasan iols.. iols letak perangkap betul2 depan dia. tiba2 ghaib dia lari bawah katil, takde kesan takde apa, puas cari memang tk jumpa. Tiba2 malam tu baru dia datang balik,masuk bilik lalu ikut tingkap. Pelik cicak ni, iols dah letak perangkap, umpan, kat tingkap & bawah katil, tapi tk pernah sekali pun dia kena. Bilik iols tu kecik je pun, perabot pun cuma ada katil & meja. Kat rumah iols dulu, senang je cicak kena perangkap. Pelik lah, adakah itu jelmaan? hihihi tapi kita husnuzon, sebab rumah dalam hutan, so mcm2 lah haiwan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2024 11:30 AM | Show all posts
intan_smsb replied at 16-5-2024 09:12 AM
nice

ade sambungan lagi tak?

habis dah, sampai part 5 je.

iols takleh bgitau lokasi, nanti org takut tapi apa yg iols boleh kata, tempat ni kat hujung Selangor/tepi2 negeri sembilan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 10:37 AM | Show all posts
prettygood replied at 16-5-2024 11:30 AM
habis dah, sampai part 5 je.

iols takleh bgitau lokasi, nanti org takut  tapi apa yg iols b ...

Mcm best je. Ada lg tak tanah nak jual sana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2024 10:47 AM | Show all posts
Radzor replied at 23-5-2024 10:37 AM
Mcm best je. Ada lg tak tanah nak jual sana?

ada kot, tapi skrg dah mahal dah, ratus2 ribu, tpi kalau kedalam sikit ada lagi rasanya yang murah sikitttt, tpi betul2 dalam tmptnya dh nak masuk n9
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 05:29 PM | Show all posts
prettygood replied at 15-5-2024 04:17 PM
Yang ni sumpah seram gila antara semua, bagi aku lah.

November/Disember 2034, ayah ayah aku masu ...

Ke depan sungguh masa ..2034.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2024 10:51 PM | Show all posts
Edited by prettygood at 13-6-2024 10:52 PM
yenil95 replied at 13-6-2024 05:29 PM
Ke depan sungguh masa ..2034.

typo, 2024

mcm mana? seram tak zis cite ni? nak bgi cite ni seram2 sgt tkleh sbb kisah benar tkleh tokok tambah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2024 03:58 PM | Show all posts
prettygood replied at 13-6-2024 10:51 PM
typo, 2024

mcm mana? seram tak zis cite ni? nak bgi cite ni seram2 sgt tkleh sbb kisah b ...

Typo okay nak..kalau betul pengsan acik..

Seram la cerita mu. Harap harap acik tak hadapi semua tu.

Terima kasih kongsi cerita.

Teruskan kongsi pengalaman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052795 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list