CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4564|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Harimau belang 'Bentong' maut dilanggar kenderaan

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:30 AM | Show all posts |Read mode

HARIMAU belang yang ditemui mati akibat dirempuh kenderaan berhampiran Lentang, Bentong.

Kuala Lumpur: Seekor harimau belang dewasa dilaporkan mati akibat dirempuh kenderaan berhampiran Lentang, Bentong, Pahang.

Kejadian dipercayai berlaku awal pagi tadi sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4 pagi tadi.

Menurutnya, harimau belang dewasa itu dianggar berusia lebih lima tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.

"Pihak Perhilitan berada di lokasi untuk menjalankan siasatan terhadap punca insiden dan jantina. Bangkai harimau belang itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk tindakan lanjut.

"Difahamkan masih terdapat harimau belang mendiami hutan simpan berhampiran lokasi kejadian. Insiden ini amat mendukakan berikutan bilangan harimau belang di negara ini yang semakin berkurangan," katanya.

Dalam kejadian 9 November tahun lalu, seekor harimau belang turut mati dilanggar sebuah treler, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Sebelah Gua Tempurung Gopeng.

Harimau belang berusia antara lapan hingga 10 tahun itu adalah haiwan yang dilaporkan sebelum ini menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar.

Manakala pada 21 Mac lalu, Seekor harimau dahan ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 253.3, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Trong menghala ke Beruas, Perak.

Bangkai harimau dahan seberat 20 kilogram itu sudah busuk dan dipercayai dilanggar kenderaan dua hari sebelum ditemui.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dilanggar-kenderaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.057492 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list