|
Pemain Aston Villa, Nicolo Zaniolo kecewa tidak dapat membantu negaranya Itali pada pusingan akhir Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan. – Foto REUTERS
ROME: Penyerang Itali, Nicolo Zaniolo berkata dia akan terlepas aksi Euro 2024 kerana kecederaan kaki yang dialami ketika bermain untuk Aston Villa menentang Liverpool.
"Malangnya saya terpaksa melupakan impian untuk mewakili negara saya pada satu kejohanan utama," tulis Zaniolo dalam laman Instagram.
Zaniolo turut terlepas Kejohanan Eropah sebelum ini kerana kecederaan lutut yang serius.
Dia mengalami kecederaan terbaharu ketika seri 3-3 dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi kelmarin yang sekali gus membantu Villa layak ke Liga Juara-Juara.
Pemain berusia 24 tahun itu sudah tampil 19 kali bersama Itali, menjaringkan dua gol dengan jurulatih Azzurri, Luciano Spalletti memanggilnya bagi enam daripada lapan perlawanan Itali sejak mengambil alih daripada Roberto Mancini pada Ogos tahun lalu.
Spalletti akan mengumumkan skuadnya minggu depan dengan juara Eropah, Itali akan mempertahankan kejuaraan mereka di Jerman.
Mereka akan berdepan Sepanyol, Croatia dan Albania pada peringkat kumpulan. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-lupakan-euro-2024 |
|